KERAJAAN GAGAL SELESAIKAN ISU KAMPUNG BHARU DEMI MEMPERTAHANKAN HARTANAH ORANG MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

كراجأن ڬاڬل سلسايكن ايسو كامڤوڠ بهارو دمي ممڤرتاهنكن هرتانه اورڠ ملايو ولايه ڤرسكوتوان

Sejak tahun 2010 pihak kerajaan telah berbelanja jutaan ringgit untuk melakarkan Pelan Induk pembangunan di Kampung Bharu tetapi sehingga kini tidak dapat menrealisasikan daya-usaha kearah membangunkan tanah milik orang-orang Melayu di tengah ibu kota Kuala Lumpur secara sistematik dan memunafaatkan hak penduduk-penduduk asal di situ.

Kegagalan untuk membangunkan pembangunan Kampong Bharu adalah kerana kerajaan tidak mempunyai iltizam serta ‘political will’ bagi mencapai perancangan yang boleh menjaminkan tanah orang-orang Melayu terus terbela di Kuala Lumpur walaupun perancangan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) begitu lama pada hakikatnya.

Pada hari ini warga penduduk Kampong Bharu tampil untuk memprotes mengenai pengambilan tanah di Sungai Baru khususnya dalam isu jumlah pampasan yang terlalu rendah.




Secara purata mereka bakal dibayar dengan jumlah rm200,000 yang didapati tidak munasabah dibandingkan dengan harga pasaran.

Lebih kurang 37 buah rumah teres dan 264 unit penduduk di rumah pangsa di Sungai Baru, Kampong Bharu akan terkesan dengan kes pengambilan tanah ini.

PEJUANG Wilayah Persekutuan sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan pihak pentadbir Malay Agricultural Settlement (MAS) dan persatuan penduduk Kampong Bharu sebagai tanda komitmen membantu seluruh warga penduduk Kampong Bharu.

Insya-Allah, satu perjumpaan di antara MAS serta persatuan penduduk Kampong Bharu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan dalam masa terdekat.

Ini adalah untuk mencari satu formula penyelesaian yang terbaik mungkin untuk mempertahankan kepentingan hartanah orang-orang Melayu di bandaraya Kuala Lumpur.

Parti PEJUANG khususnya PEJUANG Wilayah Persekutuan akan terus membela seterusnya membantu warga penduduk Kampong Bharu mempertahankan hak-hak mereka.

Pada pendapat PEJUANG Wilayah Persekutuan apa yang penting adalah pihak kerajaan harus menangani permasalahan asas terlebih dahulu demi untuk menjaminkan kejayaan perancangan pembangunan Kampong Bharu.

Loading...

Masalah pemilikan tanah bukan satu masalah yang mudah untuk diselesaikan.

Masalah pemilikan tanah di Kampong Bharu amat kompleks jika tidak ditangani secara bersungguh-sungguh.

Kepimpinan PEJUANG Wilayah Persekutuan akan terus  menjalinkan kerjasama secara erat dengan MAS dan keseluruhan badan-badan yang mewakili penduduk asal Kampong Bharu bagi bertindak sebagai badan pengawas yang bebas agar pihak kerajaan tidak menyeleweng dari matlamat mempertahankan hartanah Melayu di seluruh Wilayah Persekutuan.

Pemimpin-pemimpin PEJUANG khususnya PEJUANG Wilayah Persekutuan berazam kearah menjaminkan semua pemilikan tanah-tanah Melayu terus kekal dan berkembang di seluruh Wilayah Persekutuan dari masa ke semasa.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...