Kerajaan harus pantas dan tuntas bertindak elak musibah lebih besar

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sumber (gambar): Fail TTF

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

كراجأن هاروس ڤانتس دان تونتس برتيندق ايلق مصيبة لبيه بسر

Kita sekarang berada di titik permulaan perjalanan baru, perjalanan menempuh tahun 2020. Saya melihat tahun 2019 yang baru berlalu sebagai tahun yang sangat mencabar dalam semua kategori; politik dan sosio-ekonomi.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2020 kepada rakan-rakan. Saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kita. Dalam pada kita berusaha mempertingkat ibadah kepadaNya, mengangkat status diri dan keluarga, kita hendaklah melipatgandakan usaha memelihara keharmonian negara.

Melihat keadaan suasana ekonomk dan politik masa kini yang tidak menentu atau lebih tepat membimbangkan, saya kira ramai yang akan menghadapi cabaran getir pada tahun 2020 dan tahun-tahun mendatang.




Pada Oktober lalu di Singapura, saya pernah menyatakan kerisauan saya tentang perkembangan politik Malaysia yang celaru dan menjurus kepada ketidakstabilan. Akibatnya kita melihat hari ini ianya telah menjejaskan keyakinan pelabur asing.

Bertambah malang apabila kerajaan hari ini juga gagal mempamerkan pentadbiran telus dan cekap sehingga menjejaskan polisi serta program kebajikan. Malah kerajaan negeri yang termaju dan terkaya juga tidak mampu meneruskan pelbagai program yang telah dimulakan pada 2009 untuk menolong golongan isirumah B40.

Pengumuman dividen yang sangat rendah bagi institusi pelaburan utama negara seperti ASNB telah secara langsung memberi kesan buruk kepada tahap kepercayaan rakyat kepada pasukan yang diamanahkan kerajaan menerajui pelaburan.

Saya turut merasa gusar dengan tahap keharmonian kaum mutakhir ini. Saya ingin menggesa kerajaan agar dengan pantas dan tuntas bertindak secara hemah dan bijaksana bagi mengelak musibah lebih besar.

Akhirul khalam, saya berdoa dan berharap agar rakyat Malaysia tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Namun, tidak kira betapa besarpun masalah kita, janganlah kita melakukan sebarang tindakan yang menjatuhkan maruah agama, bangsa dan negara kita.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...