Kerajaan harus benarkan mahkhamah timbang semula semua hukuman yang dikenakan bawah Akta Hasutan selepas PRU14

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan kini dalam proses untuk menyusun peruntukan dalam Akta Hasutan 1948. Sumber (gambar): SAYS

Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 secepat mungkin.

Bantahan penggunaan Akta Hasutan 1948 kedengaran semula apabila pendakwah yang juga ahli PKR, Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah akta itu atas kesalahan menghina institusi diraja baru-baru ini.

TTF: Kerajaan harus mengubal akta baru sedemikian rupa supaya mahkhamah mampu menimbang semula semua hukuman yang dikenakan bawah Akta Hasutan 1948 selepas 9hb Mei 2018.

Ini adalah bagi mencerminkan kejujuran PH menghapuskan Akta tersebut selaras dengan janjí manifesto PRU14.


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 secepat mungkin.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan kini dalam proses untuk menyusun peruntukan dalam akta tersebut.




“Kita menarik balik undang-undang dahulu (Akta Hasutan) untuk digantikan dengan undang-undang baharu.

“Kita dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang ini. (Kita lakukan) secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Bantahan penggunaan Akta Hasutan 1948 kedengaran semula apabila pendakwah yang juga ahli PKR, Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah akta itu atas kesalahan menghina institusi diraja baru-baru ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas penahanan tersebut dan mendakwa mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat drakonian terhadap Wan Ji.

Anwar turut berkata beliau akan berjumpa Dr. Mahathir bagi membincangkan isu tersebut.

Diadaptasi dari:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...