‘كراجأن اين ظاليم، چاكڤ ڤنداي، تاڤي تق بوات سڤرتي يڠ دچاكڤ’ – محضير
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Kerajaan campuran sangat takut orang melayu ‘berjumpa’, seolah-olah negara ini bukan negara Melayu.
Demikian menurut pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, disebabkan kepincangan kerajaan sendiri, tidak ada sesiapa yang dibenarkan menegur kerajaan, termasuk dirinya sendiri.
“…kerajaan yang ada sekarang ini cuma tumpu pada parti lawan sahaja, seolah-olah mereka tidak terlibat dengan rasuah.
“Tapi kita tahu, mereka juga terlibat dengan rasuah. Sebab itu mereka takut perkara ini tersebar luas di seluruh negara.
“Sebab itu kerajaan tidak membenarkan kerajaan ditegur oleh sesiapa, termasuk kumpulan kita.”
Kerajaan campuran sangat takut orang melayu ‘berjumpa’, seolah-olah negara ini bukan negara Melayu.
Demikian menurut pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, disebabkan kepincangan kerajaan sendiri, tidak ada sesiapa yang dibenarkan menegur kerajaan, termasuk dirinya sendiri.
“Sambil nak melawan rasuah, yang dituduh (dan) disiasat hanya daripada parti lawan.
“Kita sedar, mereka daripada parti kerajaan juga terlibat dengan rasuah, terutamanya UMNO.
“Dulu belanja cukup banyak duit dalam pilihan raya yang baru lepas ini. Daripada mana datang duit yang cukup banyak jika tidak secara rasuah?
TONTON: DAP, KERAJAAN MAKIN RASIS – RUMAH SENDIRI TUNGGANG LANGGANG, TAPI SIBUK TEKAN PEMIMPIN MELAYU
“Ada seorang ahli kerajaan namanya muncul dalam Pandora Papers, dan ini disebut dalam Dewan Rakyat, tentang duit yang begitu banyak yang disimpan di bank seluruh dunia, termasuk juga di Israel.
“Perkara ini tak dijawab, betul atau tidak. Sepatutnya MACC kaji untuk mengetahui apakah orang itu terlibat dengan rasuah ataupun tidak,” katanya.
Menurut Mahathir, kerajaan yang ada sekarang cuma bertumpu pada parti lawan, seolah-olah parti kerajaan tidak terlibat dengan rasuah.
“Tapi kita tahu, mereka juga terlibat dengan rasuah. Sebab itu mereka takut perkara ini tersebar luas di seluruh negara.
“Sebab itu kerajaan tidak membenarkan kerajaan ditegur oleh sesiapa, termasuk kumpulan kita.
“Kalau parti lawan, (mereka) nak ambil tindakan, nak tangkap, supaya dalam pilihan raya yang akan datang, tak ada parti lawan.
“Itulah kerajaan yang ada sekarang ini – zalim bukan main, cakap pandai, tapi tak buat seperti yang dicakap.”
THE THIRD FORCE
