Kerajaan mengaku SST tidak mampu kurangkan harga barang

Kerajaan secara tidak langsung akur bahawa GST mampu membawa lebih banyak kebaikan untuk rakyat. Sumber (gambar): The Edge Markets

HULU LANGAT: Kerajaan mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak mampu mengurangkan harga barang sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Kementerian Kewa­ngan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amirud­din Hamzah ber­kata, kerajaan juga sedar bahawa pelaksanaan SST hanya mampu me­ngutip keuntungan se­banyak RM21 bi­lion setahun sahaja berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang jauh lebih tinggi.




Menurutnya, disebabkan itu kerajaan kehilangan RM23 bilion setahun berbanding GST yang mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bi­lion setahun.

“Kehilangan hasil sebanyak RM23 bilion juga tidak menyebabkan harga barangan turun.

“Rakyat juga masih mengeluh walaupun peningkatan harga yang berlaku tidaklah terlalu banyak,” katanya semasa me­nyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Bandar Rinching di sini, semalam.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...