
كراجأن ناءيقكن حد نيلاي مكسيم ڤروجيك لانتيكن تروس سباڽق 150 ڤراتوس باڬي تيمڤوه ضرورت
Kerajaan telah bertindak menaikkan had nilai ambang perolehan kerja bagi kaedah lantikan terus untuk kontraktor Gred G1 dan G2 sebanyak 150 peratus, daripada RM20,000 kepada RM50,000 “bagi mempercepatkan proses perolehan dan menjana activiti ekonomi.”
Menurut satu surat bertarikh 16hb Febuari 2021, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kenaikan itu berkuatkuasa pada tarikh surat dikeluarkan sehingga 1hb Ogos 2021 atau tarikh akhir Darurat.
Menurut surat tersebut, pelaksanaan kerja oleh kontraktor yang dilantik dalam tempoh kuat kuasa surat berkenaan boleh melangkaui tempoh yang ditetapkan.
PETALING JAYA: Kerajaan telah bertindak menaikkan had nilai ambang perolehan kerja bagi kaedah lantikan terus untuk kontraktor Gred G1 dan G2 sebanyak 150 peratus, daripada RM20,000 kepada RM50,000 “bagi mempercepatkan proses perolehan dan menjana activiti ekonomi.”
Menurut satu surat bertarikh 16hb Febuari 2021, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kenaikan itu berkuatkuasa pada tarikh surat dikeluarkan sehingga 1hb Ogos 2021 atau tarikh akhir Darurat.
Surat itu diedarkan kepada Ketua Audit Negara, SPRM, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran serta Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
Turut dimaklumkan ialah Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Timbalan Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Menurut surat tersebut, pelaksanaan kerja oleh kontraktor yang dilantik dalam tempoh kuat kuasa surat berkenaan boleh melangkaui tempoh yang ditetapkan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
