‘Kerajaan perpaduan apa,’ soal Muhyiddin selepas pemimpin DAP selar BN, UMNO korup

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

ءكراجأن ڤرڤادوان اڤ،ء سؤال محي الدين سلڤس ڤميمڤين دڤ سلار بن، امنو كوروڤ

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menyelar kerajaan campuran susulan kenyataan bekas setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai parti rasuah dan korup.

Menurut Muhyiddin, apakah tindakan saling menyerang dan menggelar rakan gabungan sendiri layak dipanggil sebagai “kerajaan perpaduan”?

“Tony Pua kata BN korup. Suruh parti dia keluar (kerajaan).

“Macam mana nak kata kerajaan ini perpaduan?


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menyelar kerajaan campuran susulan kenyataan bekas setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai parti rasuah dan korup.

Menurut Muhyiddin, apakah tindakan saling menyerang dan menggelar rakan gabungan sendiri layak dipanggil sebagai “kerajaan perpaduan”?




“Tony Pua kata BN korup. Suruh parti dia keluar (kerajaan).

“Macam mana nak kata kerajaan ini perpaduan?

TONTON: KRISIS MADANI MENJELANG PRN – PERANG SAUDARA UMNO-DAP BUKAN RAHSIA LAGI 

“Takrif perpaduan tak sama,” katanya dalam satu ucapan di satu konvensyen sempena pelancaran jentera PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Katanya, situasi itu jelas menunjukkan tiada kesepakatan dalam gabungan kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, perkara itu turut terserlah apabila beliau hadir ke Parlimen kerana mendapati riak wajah para menteri dan ahli Parlimen di blok kerajaan tidak berseri.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata mereka sering kali terlihat seperti bersedih.

“Kerana jiwa tak berada di situ.”

Loading...

Semalam, Pua sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyuarakan agar Pakatan Harapan (PH) selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan Umno dan BN sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga sempat mengingatkan para jentera dan kepimpinan parti yang hadir supaya bersedia untuk melakukan kerja dan tugas masing-masing menjelang PRN di negeri itu.

Beliau juga memberitahu proses penyediaan manifesto PN untuk PRN Selangor dijangka siap dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang.

Manakala bagi penamaan calon-calon yang akan diumumkan kelak, Muhyiddin berharap setiap anggota parti bersetuju dengan pilihan pimpinan dengan hati terbuka.

“Pokoknya bila pucuk pimpinan putuskan, wajar, maka hukumnya wajib terima calon itu.

“Terima siapa sahaja calon yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Sumber:

#PMX #Muhyiddin #Anwar #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...