‘Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional bukan lagi pembela nasib rakyat’

Rakyat semakin meluat dan marah dengan polemik politik ketika ini kerana dalam situasi getir masakini, agenda rakyat seharusnya menjadi keutamaan dan bukan hanya sekadar memenuhi agenda peribadi. Sumber (gambar): Fail TTF

ءكراجأن ڤيمڤينن ڤريكتن ناسيونل بوكن لاڬي ڤمبلا نصيب رعيتء

Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) ketika ini mungkin tidak lagi dilihat sebagai pembela nasib rakyat, kata Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Aswannudin Hariffudin.

Beliau berkata, pada awal penubuhan lalu kononnya atas semangat muafakat untuk membela nasib rakyat, tetapi sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan pelbagai tuntutan jawatan berserta lain-lain imbuhan yang diakhiri dengan ugutan demi ugutan.

Menurutnya, pimpinan kerajaan sepatutnya berpegang kepada asas di awal pembentukan kerajaan baru iaitu demi menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.

Namun katanya, ketidaktentuan yang berlaku sekarang menyebabkan laluan semakin sukar dan berliku ke arah memulihkan kesihatan dan ekonomi rakyat.


IPOH: Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) ketika ini mungkin tidak lagi dilihat sebagai pembela nasib rakyat, kata Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Aswannudin Hariffudin.

Beliau berkata, pada awal penubuhan lalu kononnya atas semangat muafakat untuk membela nasib rakyat, tetapi sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan pelbagai tuntutan jawatan berserta lain-lain imbuhan yang diakhiri dengan ugutan demi ugutan.




“Ada kalanya keputusan yang dibuat ketika ini umpama tak lantik salah, dah dilantik pun salah.

“Bermula atas semangat bertolak ansur, semenjak akhir-akhir ini umpama menolak beransur-ansur.

“Ahli Politik sepatutnya ikhlas dalam menjaga kebajikan rakyat dan tidak harus mengeluarkan ucapan retorik semata-mata umpama pepatah Melayu, ‘telunjuk lurus, kelingking berkait,” katanya.

Menurutnya, pimpinan kerajaan sepatutnya berpegang kepada asas di awal pembentukan kerajaan baru iaitu demi menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.

Namun katanya, ketidaktentuan yang berlaku sekarang menyebabkan laluan semakin sukar dan berliku ke arah memulihkan kesihatan dan ekonomi rakyat.

“Rakyat semakin meluat dan marah dengan polemik politik seumpama ini kerana dalam situasi getir ini, agenda rakyat seharusnya menjadi keutamaan dan bukan hanya sekadar memenuhi agenda peribadi,” katanya.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...