‘Kerajaan tak patut hukum rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya’

Menurut Lim, pelaksanaan langkah-langkah drakonian seperti sekatan pergerakan separa ataupun penuh boleh diterima memandangkan keutamaan dalam melawan wabak yang masih belum difahami ketika itu adalah untuk menyelamatkan nyawa. Sumber (gambar): Fail TTF

ءكراجأن تق ڤاتوت حكوم رعيت سلاڠور، كوالا لومڤور دان ڤوتراجاي كران ديقريتيقء

Veteran DAP Lim Kit Siang semalam menegur Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin suslan tindakan kerajaan persekutuan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersayarat (PKPB) bagi seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menerusi satu kenyataan, Lim berkata Putrajaya sepatutnya tahu PKPB menelan kos yang amat tinggi dari segi ekonomi dan sepatutnya dilaksanakan secara bersasar sahaja.

“Amatlah tidak bertanggungjawab untuk bereaksi dengan melampau dan menghukum rakyat Selangor, KL, dan Putrajaya kerana memberikan kritikan yang munasabah mengenai pengendalian gelombang ketiga Covid-19 di Sabah,” katanya.

Lim turut bersetuju dengan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari yang sebelumnya meminta kerajaan persekutuan mempertimbangkan semula keputusan untuk mengenakan semula PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang semalam menegur Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin suslan tindakan kerajaan persekutuan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersayarat (PKPB) bagi seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menerusi satu kenyataan, Lim berkata Putrajaya sepatutnya tahu PKPB menelan kos yang amat tinggi dari segi ekonomi dan sepatutnya dilaksanakan secara bersasar sahaja.




“Inilah masanya untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk masuk campur dan membawa kewarasan dalam perang melawan Covid-19 ini.

“Beliau perlu mengetahui pendekatan baharu dalam melawan Covid-19, di mana tindakan drakonian seperti PKPB dan sekatan penuh pergerakan ini bertindak dengan terlalu meluas, membawa kos ekonomi yang amat tinggi.

“Dalam hari-hari awal penularan wabak ini, pelaksanaan langkah-langkah drakonian seperti sekatan pergerakan separa ataupun penuh ini boleh diterima memandangkan keutamaan dalam melawan wabak yang masih belum difahami ketika itu adalah untuk menyelamatkan nyawa.

“Malaysia perlu belajar daripada kesilapan kita yang lalu, yang telah datang dengan harga yang tidak ternilai dan mula melaksanakan langkah-langkah sekatan pergerakan yang lebih tersasar dan bukannya melaksanakan PKPB ke atas keseluruhan negeri,” kata Lim sepertimana dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

Menurutnya, keputusan untuk mengenakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak boleh menjadi satu tindak balas tidak rasional terhadap kritikan mengenai kecuaian gelombang ketiga wabak Covid-19, terutama di Sabah.

“Amatlah tidak bertanggungjawab untuk bereaksi dengan melampau dan menghukum rakyat Selangor, KL, dan Putrajaya kerana memberikan kritikan yang munasabah mengenai pengendalian gelombang ketiga Covid-19 di Sabah,” katanya.

Lim turut bersetuju dengan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari yang sebelumnya meminta kerajaan persekutuan mempertimbangkan semula keputusan untuk mengenakan semula PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Loading...

Mengulas pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Amiruddin berkata keputusan itu “mengejutkan kerajaan negeri.”

Ini kerana mesyuarat Majlis Keselamatan Negara sebelum ini memaklumkan hanya beberapa daerah di Lembah Klang mencatatkan sejumlah kes Covid-19 yang membimbangkan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...