Kereta rasmi Norhizam gagal dipulangkan, polis buat rampasan, jalankan siasatan

Proses rampasan kereta rasmi Norhizam disaksikan oleh pemandu rasmi Norhizam yang juga bekas Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu. Sumber (gambar): Fail TTF

كريتا راسمي نورهيزم ڬاڬل دڤولڠكن، ڤوليس بوات رامڤاسن، جالنكن سياستن

Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana kereta rasmi kerajaan negeri dikhaskan untuk Datuk Norhizam Hassan Baktee diletakkan di parkir Aras 3 Parkland Residence, di Jalan Tun Perak, dekat sini.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan kereta Toyota Camry itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri pada jam 11.20 pagi semalam, berdasarkan waran mahkamah.

Abdul Majid berkata, rampasan dibuat selepas Norhizam gagal memulangkan kereta itu biarpun surat arahan mengenainya dikeluarkan ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegawai khasnya.

Katanya, polis sebelum itu menerima laporan kenderaan rasmi itu tidak dipulangkan oleh Norhizam daripada seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN).


BUKIT BERUANG: Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana kereta rasmi kerajaan negeri dikhaskan untuk Datuk Norhizam Hassan Baktee diletakkan di parkir Aras 3 Parkland Residence, di Jalan Tun Perak, dekat sini.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan kereta Toyota Camry itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri pada jam 11.20 pagi semalam, berdasarkan waran mahkamah.




Katanya, proses rampasan itu disaksikan oleh pemandu rasmi Norhizam yang juga bekas Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui bagaimana kereta MAL 3 boleh diletakkan di tempat letak kereta Parkland Residence tersebut serta kaitannya dengan pemilik lot pakir kereta itu.

“Polis juga merampas satu anak kunci kereta, kad prabayar ‘touch n go’, dan kad minyak daripada lelaki itu dan proses rampasan berjalan dengan lancar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, di sini, hari ini.

Abdul Majid berkata, rampasan dibuat selepas Norhizam gagal memulangkan kereta itu biarpun surat arahan mengenainya dikeluarkan ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegawai khasnya.

Katanya, polis sebelum itu menerima laporan kenderaan rasmi itu tidak dipulangkan oleh Norhizam daripada seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN).

“Ekoran laporan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK negeri membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan (KK) iaitu kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

“Setakat ini, seramai lima saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes terdiri daripada kakitangan pejabat SKN dan lebih ramai saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan termasuk Norhizam,” katanya.

Loading...

Abdul Majid berkata, Seksyen 403 KK menyatakan sesiapa dengan curang menyalahgunakan atau menjadikan bagi kegunaan sendiri atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan apa-apa harta boleh dihukum penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebat serta denda.

Sumber:

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...