Kereta terbang pantau ladang? Biar betul menteri kita…

Jae Senn

Adakah ini idea bernas? Adakah perlunya KERETA TERBANG untuk kegunaan seperti ini?

Pemantauan sempadan lebih berkesan jika dilakukan dengan drone jarak-jauh. Jika kita ingin mengambil pendekatan yang berbeza dan lebih berteknologi tinggi, kita boleh mempertimbangkan kegunaan aerostat untuk pemantauan sempadan, samaada aerostat pegun yg ditambat pada stesen pemantauan dengan tether, ataupun aerostat bergerak yg berpenumpang atau dikendali melalui kawalan jarak-jauh.

Pemantauan ladang pula juga mudah dilaksanakan dengan kaedah-kaedah yang sedia ada, seperti kapal terbang enjin tunggal, helikopter dan juga drone. Tak payahlah kita susah payah membikin satu lagi jenis pesawat terbang semata-mata untuk kegunaan tersebut.


Tetapi apabila sampai bab pengangkutan awam pula, saya rasa hairan. Kereta terbang ini akan mempunyai bilah kipas yg berputar, sama seperti sebuah helikopter. Oleh itu, ia juga memerlukan ruang yg mencukupi untuk berangkat dan mendarat. Ia juga tertakluk kepada undang-undang penerbangan sivil dan pesawat terbang persendirian, sama seperti helikopter atau kapal terbang enjin tunggal. Lebih lebih lagi, kereta terbang bukannya senyap. Walaupun ia mungkin tidak sebising enjin turbin helikopter, ia tetap jauh lebih bising daripada kenderaan biasa. Ia tidak sesuai digunakan di aras jalan raya di kawasan-kawasan kediaman dan kawasan bandar yang sesak.

Dimanakah pengangkutan awam kereta terbang ini boleh beroperasi jika bukan lapangan terbang dan tapak pendaratan helikopter? Adakah kerajaan akan menyediakan tapak mendarat baru berhampiran semua jalan-jalan raya utama bagi kegunaan kereta terbang, berserta dengan “buffer zone” dan tembok penghadang bunyi?

Jadi, apakah yang boleh dibuat oleh kereta terbang ini yang berbeza daripada helikopter dan drone? Adakah ini juga salah satu contoh di mana geran penyelidikan kerajaan dibazir tanpa kaji selidik kebarangkalian kejayaan projek ini dilakukan terlebih dahulu?

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...