‘Keretakan dah kritikal, tak boleh diubati’

Pada 20hb Oktober 2020, selepas lebih setahun mengumumkan pembentukkan Muafakat Nasional, UMNO dan PAS bersetuju mendaftar gabungan itu secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) setelah ditekan oleh beberapa pihak, termasuk saya sendiri. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

ءكرتقن ده كريتيكال، تق بوليه داوباتيء

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini mendakwa, hubungan antara PAS, UMNO dan PPBM berjalan baik walaupun soal agihan kerusi masih belum mencapai kata putus.

“Masing masing ada tuntutannya. Itu yang kita kena selesaikan sama-sama. Sekarang ini ialah peringkat hendak menentukan pembahagian kerusi.




“Sebab, kita nak hadapi pilihan raya, kenalah selesaikan (isu) kerusi dulu. Jadi, ada jawatankuasanya,” katanya.

Namun, sumber dalam PAS dan UMNO kedua-duanya konsisten dengan dakwaan berlaku keretakan teruk dalam Muafakat Nasional yang berkemungkinan besar akan menjurus kepada pembubaran gabungan itu.

“Kalau tak bercerai pun, pertembungan akan berlaku. Dalam PAS pun ada pergerakan anti-Bersatu, anti-UMNO dari golongan muda,” dakwa sumber dari PAS.

Perkara ini dipersetujui oleh seorang pemimpin atasan UMNO, yang berkata, “di peringkat kepimpinan sudah ada desakan UMNO bergerak solo.”

“Ramai (dalam UMNO) tidak percaya kepimpinan PAS, dan begitu juga PAS, kepimpinannya curiga (terhadap) UMNO.

“Lebih-lebih lagi PAS nampak condong sangat ke arah PPBM. Ini tak diterima ramai (pemimpin) dalam UMNO, sampai akar umbi (tak terima).”

Pada 20hb Oktober 2020, selepas lebih setahun mengumumkan pembentukkan Muafakat Nasional, UMNO dan PAS bersetuju mendaftar gabungan itu secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) setelah ditekan oleh beberapa pihak, termasuk saya sendiri.

Loading...

Bagaimanapun, pada 12hb Disember 2020, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri mendakwa UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Umum ke-15.

Kenyataan Sabri sejajar dengan dakwaan saya bahawa agenda “penyatuan ummah” yang dibawa oleh UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional terpesong dari landasan kebenaran dan dilambung semata-mata bagi memenuhi aspirasi peribadi kepimpinan kedua-dua parti berkenaan.

Dari awal penubuhan Muafakat Nasional, saya menekankan perlunya gabungan itu didaftarkan secara rasmi di RoS jika benar PAS dan UMNO komited terhadap perjuangan penyatuan ummah dan tidak memiliki agenda peribadi.

Tetapi nyata sekali UMNO dan PAS tidak berniat untuk berbuat demikian.

Malah, kata putus yang diberikan oleh Sabri kepada PAS untuk memutuskan samada menggunakan bendera Barisan Nasional atau Perikatan Nasional sejajar dengan apa yang pernah saya katakan dan merupakan bukti sikap “big brother” UMNO.

Sabri berkata demikian setelah Amar menyuarakan sikap ‘keterbukaan’ PAS “terhadap hasrat UMNO yang akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)” pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kenyataan Amar bukan hanya menggambarkan sikap PAS yang tidak ingin menggunakan lambang Muafakat Nasional, ianya merupakan petanda jelas betapa parahnya hubungan UMNO-PAS hinggakan pemimpin kedua-dua parti berkenaan tergamak ‘ugut-mengugut’ di khayalak ramai.

Amar turut mengejutkan rakyat dengan dakwaan kononnya pendaftaran nama Muafakat Nasional di RoS mungkin berdepan masalah kerana nama tersebut telah digunakan pihak lain.

Alasan ini sebenarnya memakan diri PAS dan UMNO kerana membuktikan kepada akar umbi sikap acah tak acah pemimpin mereka yang menjaja konsep “penyatuan ummah” demi meraih simpati dan sokongan.

Apakah UMNO dan PAS yang bergitu lama berkecimpung dalam dunia politik tidak pernah memikirkan soal ‘kecurian nama Muafakat Nasional’ dari awal penubuhan gabungan itu jika benar kepimpinan kedua-dua parti berkenaan serius memperjuangkan “penyatuan ummah?”

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...