Keretakan PH-BN sudah bermula

“Pada pengamatan saya, pertelingkahan terkini antara DAP dan UMNO hanyalah satu drama, supaya apabila Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kalah di banyak kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri Julai atau Ogos ini, mereka ada alasan untuk disajikan kepada rakyat”

Raggie Jessy Rithaudeen

كرتقن ڤه-بن سوده برمولا

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Baru-baru ini, saya menulis (diterjemah):

Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lama dikritik kerana melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berdepan 47 pertuduhan jenayah, sebagai timbalannya dalam kerajaan.




Pelantikan Zahid tidak meyakinkan rakyat bahawa Anwar mampu atau serius memerangi rasuah, dan orang ramai sudah mula bertanya kenapa Anwar enggan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat peranan Zahid dalam skandal LCS, peranan yang Anwar sendiri pernah ceritakan.

TONTON: TANDA-TANDA JELAS KERAJAAN TIDAK BOLEH BERTAHAN, KESILAPAN TERBESAR ANWAR IBRAHIM

Sejak akhir-akhir ini, Zahid berjaya memperolehi kembali pasportnya daripada mahkamah, dan beliau juga berjaya meminta mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan rasuahnya sementara menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) sama ada pertuduhan terhadapnya perlu digugurkan.

Ini telah meningkatkan lagi kritikan terhadap Anwar, malah wujud persepsi bahawa kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri telah memberi tekanan yang besar kepada Peguam Negara, Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi.

Terkini, Zahid dikatakan terpaksa tunduk pada sebuah gerakan dalam UMNO, membabitkan penyokong Najib dalam majlis tertinggi parti (MKT), untuk mendapatkan pengampunan buat bekas perdana menteri yang dipenjarakan itu.

Menurut sumber, hubungan DAP dan Anwar renggang disebabkan perkembangan ini, dan ada sumber lain yang berpendapat bahawa “kem Bossku” dalam MKT menekan Zahid untuk membawa Barisan Nasional keluar daripada blok kerajaan jika Najib tidak diampunkan.

Anwar akan menganggotai Lembaga Pengampunan apabila lembaga itu bersidang akhir bulan ini, dan “kem Bossku”  berharap bahawa Anwar akan mendesak untuk mendapatkan pengampunan segera.

Sekiranya Najib diampunkan (tidak sampai lapan bulan selepas dipenjarakan), DAP khuatir Pakatan Harapan akan menjadi mangsa sabotaj besar-besaran menjelang pilihan raya negeri pada Julai atau Ogos.

Loading...

Semalam, media melaporkan bahawa beberapa pemimpin DAP dan UMNO mengeluarkan kata-kata tajam sambil tuding menuding satu sama lain.

Menurut seorang ahli MKT, Nur Jazlan Mohamed, pakatan UMNO dengan DAP menjadi cabaran kepada UMNO untuk memenangi semula keyakinan orang Melayu, terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Manakala itu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, juga ahli MKT, mendakwa DAP takut sekiranya Najib dibebaskan melalui pengampunan diraja.

Kedua-dua Nur Jazlan dan Puad Zarkashi dikatakan “orang-orang kuat Bossku.”

Sementara itu, veteran DAP, Lim Kit Siang, memberi amaran bahawa kerajaan pimpinan Anwar boleh tumbang sekiranya Najib dikurniakan pengampunan diraja.

Sebenarnya, kata-kata tajam ini adalah bukti ketidakserasian antara UMNO dan DAP, yang berpura-pura ‘bersaudara’ untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Hakikatnya, lebih 90 peratus pengundi Melayu-Islam dijangka sudah menolak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15, apabila kedua-dua gabungan itu bersetuju untuk tidur sebantal.

Ramai penyokong UMNO rasa tertipu apabila Zahid bersetuju untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP walaupun bersumpah bahawa beliau tidak akan berbuat demikian.

Sebilangan penyokong Pakatan Harapan turut terkejut dengan kesanggupan Anwar dan DAP tidur sebantal dengan UMNO dan menerima Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, walaupun Anwar dan DAP sebelum ini melabelkan pemimpin atasan UMNO sebagai Kleptokrat.

Pada pengamatan saya, pertelingkahan terkini antara DAP dan UMNO hanyalah satu drama, supaya apabila Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kalah di banyak kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri Julai atau Ogos ini, mereka akan ada alasan untuk disajikan kepada rakyat.

DAP akan berkata, “sebab kau beria-ia mahu bebaskan Najib, pengundi Pakatan Harapan sudah takut dan tolak kerjasama dengan BN.”

UMNO pula akan berkata, “sebab kau tidak setuju bebaskan Najib, orang Melayu sudah tidak yakin dan mahu kami tolak kerjasama dengan PH.”

Saya tidak hairan jika ini alasannya, kerana PH dan UMNO tidak asing lagi dałam bidang ‘penipuan’ terhadap penyokong mereka.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...