Kerjasama PAS-Umno perlu kekal PRU15

Ustaz Abdul Halim juga bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar sejak 1990 sehingga 2004. Sumber (gambar): Harakah Daily

Kerjasama politik antara PAS dan Umno merupakan satu keperluan kata bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman.

“Kerjasama ini satu keperluan antara PAS dan Umno, jika kita hendak berjaya dalam politik akan datang. Kalau ada yang menolak kerjasama ini ia merupakan strategi tidak sihat.


KOTA BHARU: Kerjasama politik antara PAS dan Umno merupakan satu keperluan kata bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman.

Hubungan tersebut menurut beliau, perlu kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan keutuhan agama Islam dan survival orang Melayu terus terjamin.




“Kerjasama ini satu keperluan antara PAS dan Umno, jika kita hendak berjaya dalam politik akan datang. Kalau ada yang menolak kerjasama ini ia merupakan strategi tidak sihat.

“Maknanya kita tidak boleh, Umno suku PAS suku lawan Pakatan Harapan pertembungan tiga penjuru, kita tidak akan menang kalau begini, kena satu lawan satu,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di rumah di Kampung Penambang hari ini.

Ustaz Abdul Halim juga bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar sejak 1990 sehingga 2004. Pada PRU 2004 beliau bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa.

Beliau turut menasihat ahli PAS supaya menerima perubahan tersebut yang disifatkan sebagai satu strategi politik yang hebat bagi menumbangkan Pakatan Harapan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...