“Kertas Siasatan terhadap Najib Razak” jelas menunjukkan bahawa kemasukan dana ke akaun Najib adalah untuk tujuan derma

Syed Agil Jamalullail

Melihat “Kertas Siasatan terhadap Najib Razak” yg disiapkan oleh KP SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pd tahun 2015, yg viral di FB dan whatsapp, jelas kita tahu yg kemasukan dana ke akaun DS NR adalah utk tujuan derma.

Bersama-sama dikemukakan ialah surat drpd Saud Abdulaziz Majid Al-Saud, apabila diminta dokumen sokongan mengenai wire transfer kemasukan wang.

Juga diketahui terdapat 4 tranche money trail iaitu drpd akaun peribadi Prince Faisal, akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi, akaun syarikat Blackstone dan Tanore.

Wire transfer dibuat setelah merujuk kpd Gabenor BNM, Tan Sri Zeti. Dan siasatan juga mendedahkan bahawa Tan Sri Zeti sendiri yg mencadangkan supaya wire transfer dibuat terus ke akaun Ambank milik DS Najib Razak

Dan yg paling penting, walaupun 2016 di mahkamah Singapura disebut akaun Tanore adalah didaftarkan oleh Eric Tan Kim Loong, siasatan SPRM awal-awal lg mendedahkan yg walaupun akaun tersebut diregister oleh Eric Tan, ianya adalah syarikat milikan keluarga Di Raja Arab Saudi dan Eric Tan bersama Jho Low merupakan lantikan keluarga Diraja Saudi sendiri utk bertindak sebagai wakil.

Eric Tan dan Jho low juga disebut sebagai Trusted Associate kpd Keluarga Diraja Saudi. Perlu juga diingatkan bahawa yg maklumat ini disahkan oleh Keluarga Diraja Saudi lebih awal, pd 2015, lebih awal drpd prosiding mahkamah Singapura 2016.

Comments

Comments