Kes Altantuya: Kenyataan Tommy Thomas mencurigakan, Najib perlu segera buat laporan polis

Jika Najib tidak membuat laporan polis, akan timbul pula persoalan mengapa beliau tidak melakukan demikian sedangkan beliau sanggup melafazkan Sumpah Laknat dengan disaksikan bertus-ribu rakyat Malaysia. Sumber (gambar): TTF

Kenyataan terbaru Tan Sri Tommy Thomas berhubung pembukaan semula kes pembunuhan Altantuya Shariibuu dilihat amat mencurigakan biarpun ada unsur-unsur kesahihan di dalam kenyataan tersebut.

Apa yang mencurigakan ialah sikap Thomas yang menimbulkan syak berlaku konspirasi ‘menyembunyikan maklumat dan (atau) bukti material’ kepada kes dengan mendakwa “kita tahu ada cerita tidak lengkap.”

Saya kurang pasti siapa yang dimaksudkan oleh Thomas dengan “kita” ataupun apa yang diketahui Thomas atau cuba disampaikannya.

Apapun, saya berpendapat bahawa Najib harus segera membuat laporan polis berhubung Akuan Bersumpah Azilah sebagai langkah susulan kepada Sumpah Laknat yang beliau lafazkan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini memandangkan Akuan Bersumpah Azilah merupakan satu dokumen rasmi yang harus ditangani secara rasmi menerusi cabang-cabang perundangan yang sahih.


SUBANG JAYA: Kenyataan terbaru Tan Sri Tommy Thomas berhubung pembukaan semula kes pembunuhan Altantuya Shariibuu dilihat amat mencurigakan biarpun ada unsur-unsur kesahihan di dalam kenyataan tersebut.

Saya mengaku, Surat Akuan Bersumpah terbaru yang kononnya ditandatangani oleh bekas pegawai Gerakan Unit Selam Tempur di cawangan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Azilah bin Hadri, memberikan Jabatan Peguam Negara sebab munasabah untuk mempertimbangkan semula kes tersebut.




Apa yang mencurigakan ialah sikap Thomas yang menimbulkan syak berlaku konspirasi ‘menyembunyikan maklumat dan (atau) bukti material’ kepada kes dengan mendakwa “kita tahu ada cerita tidak lengkap.”

Saya kurang pasti siapa yang dimaksudkan oleh Thomas dengan “kita” ataupun apa yang diketahui Thomas atau cuba disampaikannya.

Saya hairan bagaimana seorang yang bergelar penasihat utama Kerajaan Persekutuan berhubung hal-ehwal perundangan boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang sememangnya mencurigakan dan prejudis, seolah-olah Thomas sudah lama mengetahui sesuatu berhubung pembunuhan Altantuya yang tidak diketahui oleh pihak lain.

Thomas seharusnya menghadkan hujahnya kepada pertimbangan professional yang berlandaskan undang-undang negara dan elak daripada mengeluarkan kenyataan yang mampu mempengaruhi Hakim sekiranya benar kes ini akan dipanjangkan ke Mahkamah.

Saya sebenarnya bersetuju agar kes pembunuhan Altantuya dibuka semula biarpun yakin Surat Akuan Bersumpah Azilah adalah palsu dari segi kandungan dan mungkin juga dibuat oleh orang lain bagi pihak Azilah.

Walaubagaimanapun, saya hairan bagaimana Thomas boleh begitu cepat membuat keputusan berhubung kes ini sedangkan siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia masih lagi berjalan.

Saya juga terasa pelik bagaimana kes ini mendapat pertimbangan yang lebih awal dari kes serangan seksual melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kes Anwar turut melibatkan Surat Akuan Bersumpah yang bertarikh seakan-akan sama dengan Akuan Bersumpah Azilah.

Loading...

Apapun, saya berpendapat bahawa Najib harus segera membuat laporan polis berhubung Akuan Bersumpah Azilah sebagai langkah susulan kepada Sumpah Laknat yang beliau lafazkan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lafaz tersebut bermakna Najib bersetuju bahawa Akuan Bersumpah Azilah perlu diberikan reaksi sebegitu rupa hinggakan ianya membolehkan beliau membersihkan namanya di kaca mata ummah.

Jia begitu niat Najib, maka wajarlah beliau membuat laporan polis agar tidak timbul spekulasi yang bukan-bukan di kalangan ahli-ahli ummah.

Ini memandangkan Akuan Bersumpah Azilah merupakan satu dokumen rasmi yang harus ditangani secara rasmi menerusi cabang-cabang perundangan yang sahih.

Laporan polis akan membenarkan Najib memberikan sebab-sebab spsifik kepada pihak polis mengapa beliau rasakan Akuan Bersumpah Azilah tidak berpaksi pada kebenaran ataupun merupakan satu pemalsuan.

Jika Najib tidak berbuat demikian, akan timbul pula persoalan mengapa beliau teragak-agak berurusan dengan pihak polis sedangkan beliau sanggup melafazkan Sumpah Laknat dengan disaksikan bertus-ribu rakyat Malaysia.

RAGGIE JESSY RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...