
كيس بهارو چوۏيد-19 دجڠك تورون ك ساتو اڠك ڤرتڠهن مي
#TTFCovid19: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 di Malaysia dijangka akan mencapai rekod satu angka menjelang pertengahan bulan Mei ini.
Menurutnya, unjuran tersebut dibuat berdasarkan corak pertambahan kes baharu di Malaysia yang kini mencatat angka harian dua digit.
“Sekarang ini kita rekodkan dua digit, tetapi KKM percaya dalam tempoh seminggu dua lagi, atau pertengahan Mei, kes baharu Covid-19 akan dapat turun sehingga satu angka.
“Tetapi kita kena amalkan kebiasaan baharu dan terus duduk di rumah, sekali gus menurunkan kadar kes kebolehjangkitan kepada hanya 1,000 atau 500 kes saja,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata kes baharu Covid-19 di Malaysia dijangka akan mencapai rekod satu angka menjelang pertengahan bulan Mei ini.
Menurutnya, unjuran tersebut dibuat berdasarkan corak pertambahan kes baharu di Malaysia yang kini mencatat angka harian dua digit.
Walaubagaimanapun, beliau berkata sasaran ini hanya akan tercapai sekiranya orang ramai terus bekerjasama untuk kekal berada di rumah, menjaga kebersihan diri dan melakukan penjarakan sosial ketika di tempat awam.
“Kalau tak ada keperluan di luar, duduk di rumah…itulah mesej kita. Sekarang ini duduk di rumah paling selamat, tak dapat jangkitan dari seorang ke seorang.
“Sekarang ini kita rekodkan dua digit, tetapi KKM percaya dalam tempoh seminggu dua lagi, atau pertengahan Mei, kes baharu Covid-19 akan dapat turun sehingga satu angka.
“Tetapi kita kena amalkan kebiasaan baharu dan terus duduk di rumah, sekali gus menurunkan kadar kes kebolehjangkitan kepada hanya 1,000 atau 500 kes saja,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
