Kes baharu Covid-19 turun agak banyak

Noor Hisham bimbang masyarakat alpa dan mengambil mudah PKP. Sumber (gambar): Fail TTF

كيس بهارو چوۏيد-19 تورون اڬق باڽق

#TTFCovid19: Kes baharu Covid-19 turun mendadak hari ini – hanya 54 kes dicatatkan sehingga 5.42 petang tadi dengan kadar sembuh melebihi dua kali ganda bilangan kes baharu.

Biarpun begitu, rakyat di negara ini disaran mengambil serius pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun ia mula menunjukkan kesan positif dari segi kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pematuhan pada PKP amat penting bagi memastikan usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 tidak menjadi sia-sia.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.


PETALING JAYA: Kes baharu Covid-19 turun mendadak hari ini – hanya 54 kes dicatatkan sehingga 5.42 petang tadi dengan kadar sembuh melebihi dua kali ganda bilangan kes baharu.

Biarpun begitu, rakyat di negara ini disaran mengambil serius pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun ia mula menunjukkan kesan positif dari segi kes baharu.




Demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang menyuarakan kebimbangannya masyarakat alpa dan mengambil mudah PKP.

“Rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada Perintah Pergerakan Kawalan (PKP), walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif namun masyarakat masih perlu berada di rumah.

“Selain itu, mereka harus mengamalkan jarakan sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain, dan terus mengamalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Beliau menambah, pematuhan pada PKP amat penting bagi memastikan usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 tidak menjadi sia-sia.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...