Kes kecurian RM200 ribu: Pemimpin Armada direman empat hari

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq dan susulan itu, SPRM membuka kertas siasatan menyiasat kes itu pada Mac lepas. Sumber (gambar): Fail TTF

كيس كچورين رم200 ريبو: ڤميمڤين ارماد درمان امڤت هاري

Seorang ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang bertindak sebagai bendahari sebuah pertubuhan belia ditahan, semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang milik bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan kes tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, SPRM membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Ulya Husamudin’ berhubung hantaran mendakwa SPRM menyiasat beberapa exco Armada bermotifkan politik.

Norazlan berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya hari ini terhadap penama akaun Facebook berkenaan.


KUALA LUMPUR: Seorang ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang bertindak sebagai bendahari sebuah pertubuhan belia ditahan, semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang milik bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan kes tersebut.




“Dia direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Pada 3 Jun, seorang pemimpin Armada ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq dan susulan itu, SPRM membuka kertas siasatan menyiasat kes itu pada Mac lepas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, SPRM membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Ulya Husamudin’ berhubung hantaran mendakwa SPRM menyiasat beberapa exco Armada bermotifkan politik.

Norazlan berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya hari ini terhadap penama akaun Facebook berkenaan.

Beliau berkata, penama akaun Facebook itu telah membuat pertuduhan liar menyatakan SPRM menahan empat ahli Armada iaitu Adam Mukhriz, Hannan Khairy, Redzuan Shafi dan Daniel Khusairi yang dikatakan telah dibuat tanpa mengikut prosedur dan undang-undang.

“Ini merupakan suatu tohmahan berbaur fitnah dan saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa siasatan SPRM bukan bermotifkan politik tetapi berkaitan kes kehilangan wang seorang pemimpin Armada serta penyelewengan dalam akaun Armada.

Loading...

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa siasatan ini bukan bermotifkan politik dan berharap semua pihak menghentikan sebarang bentuk spekulasi dan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...