Kes LTTE: ‘DIa ahli PKR, buat banyak acara untuk PKR, tapi Anwar diam,’ luah isteri OKT

Isteri Kalaimughilan, M Tamilmalar, ketika ditemui di luar perkarangan Mahkamah mempersoal tangkapan di bawah SOSMA mempersoal kenapa Anwar (kanan) tidak bersuara untuk suaminya. Sumber (gambar): Malaysiakini

Salah seorang individu yang ditahan tanpa bicara selama 19 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), A Kalaimughilan, disahkan ahli PKR mewakili cabang Kepong sejak 2010.

Sebelum ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah menafikan penangkapan beberapa ahli PKR di bawah SOSMA atas tuduhan cuba menghidupkan keganasan LTTE di Malaysia.

Pada 13hb Oktober 2019, ketika ditemui pemberita, Anwar memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang laporan yang mengatakan ada di kalangan ahli PKR  ditahan.

Memetik sebuah portal berita, Tamilmalar mendakwa suaminya “buat banyak acara untuk PKR” tetapi tidak diendahkan oleh Anwar semenjak penangkapannya baru ini.


PETALING JAYA: Salah seorang individu yang ditahan tanpa bicara selama 19 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) disahkan ahli PKR mewakili cabang Kepong sejak 2010.

A Kalaimughilan, yang terlibat dengan perniagaan besi buruk di Selangor, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan memiliki barangan yang bersangkut dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).




Menurut sumber, mahkamah tidak membenarkan permohonan ikat jamin Kalaimughilan menyebabkan dia akan kekal dalam tahanan polis sehingga sebutan kes 16hb Disember depan.

Sebelum ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah menafikan penangkapan beberapa ahli PKR di bawah SOSMA atas tuduhan cuba menghidupkan keganasan LTTE di Malaysia.

Pada 13hb Oktober 2019, ketika ditemui pemberita, Anwar memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang laporan yang mengatakan ada di kalangan ahli PKR  ditahan.

Isteri Kalaimughilan, M Tamilmalar, ketika ditemui di luar perkarangan Mahkamah mempersoal tangkapan di bawah SOSMA sambil bertanya kenapa Anwar tidak bersuara untuk suaminya.

Memetik sebuah portal berita, Tamilmalar mendakwa suaminya “buat banyak acara untuk PKR” tetapi tidak diendahkan oleh Anwar semenjak penangkapannya baru ini.

“Tolong bantu suami saya!

“Suami saya bukan pengganas. Tolong bantu keluarga kami,” beliau dilaporkan berkata lagi sambil menangis.

Loading...
Kalaimughilan ketika hadir di mahkamah hari ini. Sumber (gambar, kapsyen): Malaysiakini

Kalaimughilan, 28, didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana barangan berkenaan, jika sabit kesalahan.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...