Kes positif dadah Puchong: Polis sangkal dakwaan ‘tutup sesuatu’

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. Sumber (gambar): Sinar Online

كيس ڤوسيتيف داده ڤوچوڠ: ڤوليس ساڠكل دعوأن ءتوتوڤ سسواتوء

Polis hari ini menyangkal dakwaan kononnya ada cubaan untuk ‘menutup sesuatu’ berhubung penahanan 17 individu dalam kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menegaskan polis juga tidak melengah-lengahkan siasatan kes itu.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai status terkini siasatan mengenai laporan media pada 12 Januari lepas mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media pada hari berikutnya mengesahkan 17 individu ditahan dalam pemeriksaan itu dan 16 daripada mereka disahkan positif dadah, namun beliau enggan mendedahkan identiti mereka kerana ia masih dalam proses siasatan.


JOHOR BAHRU: Polis hari ini menyangkal dakwaan kononnya ada cubaan untuk ‘menutup sesuatu’ berhubung penahanan 17 individu dalam kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menegaskan polis juga tidak melengah-lengahkan siasatan kes itu.




“Secara umumnya polis bergantung kepada laporan patologi. Orang kata benda ini (siasatan) lewat, sebenarnya tidak. Ini adalah prosedur biasa, dalam kes-kes lain pun, ia sama juga. Kadang-kadang sampai tiga bulan jaraknya (siasatan).

“Jadi, saya tidak boleh jelaskan dengan lanjut, saya perlu tunggu laporan itu, kemudian barulah apa-apa keputusan akan dibuat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis tidak boleh melakukan apa-apa pendakwaan berdasarkan kepada keputusan ujian saringan awal air kencing semata-mata, kerana ia perlu terlebih dahulu melepasi laporan patologi.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai status terkini siasatan mengenai laporan media pada 12 Januari lepas mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media pada hari berikutnya mengesahkan 17 individu ditahan dalam pemeriksaan itu dan 16 daripada mereka disahkan positif dadah, namun beliau enggan mendedahkan identiti mereka kerana ia masih dalam proses siasatan.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...