Kes Rasuah Lembu: MP PN, Ahli Perniagaan Didakwa Isnin Ini – SPRM

Sumber (gambar): Fail TTF

Seorang Ahli Parlimen PN dan seorang ahli perniagaan bakal dihadapkan ke mahkamah pada Isnin ini berhubung dakwaan rasuah berkaitan projek ternakan lembu yang melibatkan kerajaan negeri Kedah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memaklumkan kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Shah Alam, Selangor.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin (gambar atas) mengesahkan SPRM menahannya atas tujuan pertuduhan membabitkan projek ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.

Melalui hebahan di media sosial, wakil rakyat PN itu berkata dia akan dihadapkan ke mahkamah bersama suspek lain pada Isnin 8 Disember depan.

“Ahli parlimen berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 dengan satu pertuduhan, iaitu bersubahat menerima rasuah.

“Ahli perniagaan pula akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 dengan dua pertuduhan, iaitu meminta dan menerima rasuah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin (gambar atas) mengesahkan SPRM menahannya atas tujuan pertuduhan membabitkan projek ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.

Melalui hebahan di media sosial, wakil rakyat PN itu berkata dia akan dihadapkan ke mahkamah bersama suspek lain pada Isnin 8 Disember depan.

SPRM Kedah menahan Azman pada petang kelmarin dilaporkan bagi tujuan pertuduhan melibatkan projek usaha sama ternakan lembu milik kerajaan Kedah itu.

Terdahulu, Malaysiakini memetik sumber berkata siasatan dibuat sejak Februari melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek ternak lembu fidlot.

Sumber mendakwa suspek didakwa menyalahgunakan jawatan semasa menjadi exco pertanian negeri.

Loading...

Petikan Dari:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...