Kes rasuah profil tinggi babit ahli politik mungkin selesai tahun ini

Perbicaraan laporan audit 1MDB Najib berhubung salah guna kuasa akan disambung semula pada Mac dan pihak pendakwaan boleh menutup kesnya menjelang Jun selepas memanggil lima lagi saksi. Sumber (gambar): Fail TTF

كيس رسواه ڤروفيل تيڠڬي بابيت اهلي ڤوليتيك موڠكين سلساي تاهون اين

Beberapa perbicaraan rasuah berprofil tinggi, termasuk membabitkan lima Ahli Parlimen, akan mencuri tumpuan pada tahun baharu ini.

Jika tiada sebarang keadaan yang tidak diduga, prosiding yang melibatkan Ahli Parlimen – kecuali satu kes melibatkan Najib Razak – seharusnya mencapai kesimpulan.

Kecuali Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, kesemua tertuduh didakwa sama ada pada 2018 atau 2019.

Rayuan Najib, yang juga bekas Perdana Menteri, dalam kes SRC International membabitkan RM42 juta dijangka berakhir kerana Mahkamah Persekutuan bersedia untuk mendengar kes itu menjelang Jun dan keputusan akan disampaikan menjelang akhir tahun ini.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan mengesahkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.


KUALA LUMPUR: Beberapa perbicaraan rasuah berprofil tinggi, termasuk membabitkan lima Ahli Parlimen, akan mencuri tumpuan pada tahun baharu ini.

Jika tiada sebarang keadaan yang tidak diduga, prosiding yang melibatkan Ahli Parlimen – kecuali satu kes melibatkan Najib Razak – seharusnya mencapai kesimpulan.




Bagaimanapun, kemungkinan beberapa kes ditarik balik oleh pihak pendakwa raya tidak boleh ditolak.

Kecuali Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, kesemua tertuduh didakwa sama ada pada 2018 atau 2019.

Rayuan Najib, yang juga bekas Perdana Menteri, dalam kes SRC International membabitkan RM42 juta dijangka berakhir kerana Mahkamah Persekutuan bersedia untuk mendengar kes itu menjelang Jun dan keputusan akan disampaikan menjelang akhir tahun ini.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan mengesahkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.

Perbicaraan laporan audit 1MDB Najib berhubung salah guna kuasa akan disambung semula pada Mac dan pihak pendakwaan boleh menutup kesnya menjelang Jun selepas memanggil lima lagi saksi.

Penghakiman atau keputusan untuk memanggilnya membela diri mungkin dibuat pada separuh kedua tahun ini.

Bagaimanapun, perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram 1MDB Najib membabitkan RM2.3 bilion mungkin akan berlanjutan hingga 2023 kerana pihak pendakwaan hanya memanggil 25% daripada jumlah saksinya setakat ini.

Loading...

Bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berdepan 12 tuduhan CBT – lapan membabitkan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram – dengan wang terlibat berjumlah RM117 juta.

Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 24 Jan sama ada Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri, dalam keadaan ini, perbicaraan mungkin selesai akhir tahun ini.

Zahid berdepan 40 lagi tuduhan menerima suapan berhubung pelaksanaan sistem visa asing dan pihak pendakwaan akan menutup kes selepas memanggil 10 lagi saksi.

Kes ini juga mungkin selesai tahun depan, sekalipun hakim perbicaraan mahu mendengar hujah pembelaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin, seorang bekas pengerusi bukan eksekutif FELCRA, didakwa atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta daripada ejen pelaburan melalui isterinya, Zizie Ezette.

Setakat ini, 24 saksi pendakwaan telah memberi keterangan; saksi yang terakhir adalah saksi belot, di mana keterangannya di mahkamah menyimpang daripada apa yang sebelum ini diberitahu kepada penyiasat.

Tiga lagi saksi, termasuk pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan memberi keterangan apabila perbicaraan disambung pada 14 Jan.

Bekas Pengerusi Tabung Haji dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim didakwa atas tiga tuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta dan 10 dakwaan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM13.9 juta.

Beliau memohon tuduhan berkenaan dibatalkan dengan alasan ia tidak berasas dan perkara itu sedang menunggu keputusan di Mahkamah Rayuan.

Setiausaha DAP Lim Guan Eng sedang dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta daripada seorang pengarah syarikat 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dan menerima sogokan bernilai RM3.3 juta.

Beliau turut berdepan dua tuduhan dengan curang menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada dua syarikat.

Perbicaraannya bermula pada Julai, dan sehingga kini pendakwaan sudah memanggil 20 saksi, dengan baki 80 lagi saksi.

Sementara itu, perbicaraan kes rasuah isteri Najib, Rosmah Mansor yang didakwa meminta RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta daripada seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan projek solar di Sarawak, dijangka berakhir pada Februari.

Hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan akan memutuskan sama ada untuk membebaskan atau mensabitkan Rosmah, 70, setelah pihak pembelaan menutup kes.

Perbicaraan kes pengubahan wang haram peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, yang membabitkan RM9.5 juta juga mungkin selesai tahun ini kerana pihak pendakwaan akan menutup kes selepas memanggil dua lagi saksi.

Peguam A Srimurugan berkata, tiada kepastian mengenai kes yang masih berjalan itu sehingga penghakiman disampaikan.

“Peguam Negara masih mempunyai kawalan ke atas prosiding yang belum selesai kerana tergantung atas budi bicaranya untuk menarik balik tuduhan atau tidak memfailkan rayuan,” katanya.

Srimurugan berkata, orang ramai mempunyai persepsi bahawa Peguam Negara adalah lantikan kerajaan, dan mereka tidak boleh dipersalahkan kerana berpendapat sedemikian berdasarkan insiden-insiden sebelum ini.

Beliau merujuk kepada tindakan pihak pendakwaan menarik balik tuduhan terhadap Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan berhubung pengubahan wang haram, dan memberi kenyataan palsu kepada SPRM.

Pada 29 Sept, Setiausaha Agung Umno itu dibebaskan daripada tuduhan selepas memaklumkan hakim perbicaraan bahawa beliau telah membayar kompaun RM1.1 juta.

Pihak pendakwaan turut menarik rayuan berhubung kes rasuah Tengku Adnan Mansor di Mahkamah Persekutuan, walaupun Mahkamah Rayuan tidak sebulat suara dalam keputusannya.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa menerima RM2 juta sebagai sumbangan politik daripada seorang ahli perniagaan.

Sumber:

WAJIB BACA:

Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...