Kes rogol: Tunggu kenyataan rasmi DAP, kata Lim Guan Eng

Lim Guan Eng berkata, pemimpin kebangsaan parti itu sudah menyampaikan pandangan mereka kepada pemimpin DAP Perak berhubung isu berkenaan. Sumber (gambar): Fail TTF

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, satu kenyataan rasmi berhubung kes melibatkan Exco Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong akan dikeluarkan oleh DAP Pusat dalam masa terdekat.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan hadir Karnival Merdeka dan Komuniti Bagan sempena Bulan Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu, di sini.

Kelmarin, Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Tronoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumahnya Julai lalu.


BUTTERWORTH: Satu kenyataan rasmi berhubung kes melibatkan Exco Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong akan dikeluarkan oleh DAP Pusat dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pemimpin kebangsaan parti itu sudah menyampaikan pandangan mereka kepada pemimpin DAP Perak berhubung isu berkenaan.




“Pemimpin kebangsaan telah pun sampaikan pandangan kepada pemimpin negeri perak dan saya percaya satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui media di sini tengah hari tadi.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan hadir Karnival Merdeka dan Komuniti Bagan sempena Bulan Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu, di sini.

Kelmarin, Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Tronoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumahnya Julai lalu.

Susulan daripada itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan telah menasihatkan agar beliau bercuti daripada tugas-tugas rasmi termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan membuat keputusan sehingga proses perbicaraan selesai.

Beliau berkata, kedudukan Paul Yong dalam pentadbiran kerajaan akan diputuskan selepas satu perbincangan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Katanya, kerajaan negeri mengambil maklum perkara itu dan mengakui sebarang keputusan terutama melibatkan hal-hal pentadbiran perlu dititik beratkan dengan mengambil kira pandangan banyak pihak.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...