Kes royalti: Petronas tidak hadir mahkamah

 

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berharap ia dapat diselesaikan pada 17 Mei depan. Sumber (gambar): Fail TTF

Kerajaan Kelantan berharap wakil kerajaan Persekutuan dapat hadir ke mahkamah bagi membolehkan proses penarikan saman berhubung isu royalti minyak disebut pada 17 Mei hadapan.

Pada 3 November lepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali dilapor berkata, pembayaran royalti tidak dapat dibuat kerana terikat kes saman kerajaan Kelantan.


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap wakil kerajaan Persekutuan dapat hadir ke mahkamah bagi membolehkan proses penarikan saman berhubung isu royalti minyak disebut pada 17 Mei hadapan.




Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berharap ia dapat diselesaikan pada tarikh berkenaan.

Katanya, 17 Mei merupakan tarikh baharu yang diputuskan hakim setelah tiada wakil kerajaan Persekutuan mahu pun Petronas hadir pada 17 April lalu.

“Mereka tidak hadir, maka terpaksalah hakim putuskan tarikh baharu kerana proses tersebut perlu dilakukan di mahkamah.

“Pada masa yang sama ia mesti dihadiri kedua-dua belah pihak sama ada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan atau Petronas,” ujarnya selepas merasmikan Konvensyen Al-Quran Al-Karim Peringkat Antarabangsa di KTC di sini malam tadi.

Pada 3 November lepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali dilapor berkata, pembayaran royalti tidak dapat dibuat kerana terikat kes saman kerajaan Kelantan.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...