Kes serang Syed Saddiq: Empat mengaku tidak bersalah

Mengikut pertuduhan, keempat-empat suspek didakwa menyerang Syed Saddiq dengan niat menjatuhkan kehormatannya di tapak perkhemahan Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, pada 9.30 malam, 31 Januari lalu. Sumber (gambar): FMT

كيس سراڠ سيد سددق: امڤت ددعوا د محكمه ماجيستريت

Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan menyerang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sebuah tapak perkhemahan, 31 Januari lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 355 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudian memerintahkan keempat-empat tertuduh dijamin RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, setiap bulan.

Pada 1 Februari lalu, media melaporkan kira-kira 200 individu berbaju hitam dan merah mencetuskan kekecohan ketika Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU menghadiri majlis makan malam bersama ahli keluarga, rakannya dan pimpinan parti itu di sebuah restoran di Ulu Tiram, pada malam 31 Januari lalu.


Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan menyerang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sebuah tapak perkhemahan, 31 Januari lalu.

Tertuduh, pengimpal bengkel, Norhanizam Itnain, 38; peniaga, Mohd Iskandar Masindra Rasidi, 37; pekerja kedai serbaneka, Mohd Iskandar Afiq Abd Razak, 26; dan peniaga pakaian terpakai, Ezzul Emran Abdul Rahim, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.




Mengikut pertuduhan, keempat-empat suspek didakwa menyerang Syed Saddiq dengan niat menjatuhkan kehormatannya di tapak perkhemahan Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, pada 9.30 malam, 31 Januari lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 355 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Faizal Noorhadi, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Chan Choon Yew menawarkan jaminan RM15,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin, selain memohon keempat-empat melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun peguam keempat-empat suspek, Izzat Muhtar, memohon mahkamah menetapkan jaminan rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama kepada polis sepanjang kes disiasat.

Majistret kemudian memerintahkan keempat-empat tertuduh dijamin RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, setiap bulan.

Mohd Zaki menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu, prosiding pendakwaan turut dihadiri peguam pemerhati daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Shufri Samad.

Loading...

Pada 1 Februari lalu, media melaporkan kira-kira 200 individu berbaju hitam dan merah mencetuskan kekecohan ketika Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU menghadiri majlis makan malam bersama ahli keluarga, rakannya dan pimpinan parti itu di sebuah restoran di Ulu Tiram, pada malam 31 Januari lalu.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...