Kes serangan bersenjata, pejabat Anwar bohong dan cuba tutup kes?

Badrul Hisham Shaharin. Sumber (gambar): MMO

Che’GuBard

Beberapa hari lepas, tersebar satu laporan polis bernombor Ampang/019842/19 yang dibuat oleh Muhammad Shafiq Jamaludden yang menyatakan bahawa pada 31 Ogos 2019 kira kira 9 malam di tempat letak kenderaan Kompleks Sukan De Star Arena, Ampang, dia diserang dan dipukul oleh lebih 10 orang lelaki yang diketuai oleh seorang lelaki dia kenali sebagai Selvador.

Shafiq nyatakan no telefon lelaki itu 010 7775050. Media pula kemudian melaporkan Polis mencari lelaki bernama Farhash Wafa Salvador yang berjawatan politik sebagai Ketua PKR Perak dan Setiausaha Politik YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR kerana menjadi suspek utama dalam kes rusuhan (gaduh gempar) tempat awam.

Polis memaklumkan bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata (bahagian ini adalah pembetulan yang dibuat TTF kepada catatan asal Che’GuBard).




Ketika peringkat awal khabar mengenai kes ini tersebar, SINAR HARIAN (3 Sept) adalah antara media yang melaporkan Farhash mengatakan ia khabar angin dan fitnah yang dibuat oleh musuh politik berbayar ke atasnya.

Katanya kejadian yang dikatakan itu tidak berlaku. Kenyataan Farhash dalam SINAR HARIAN turut disokong oleh Setiausaha Akhbar Anwar iaitu Nashrul Abaidah yang menyatakan kejadian yang dikatakan tidak berlaku.

Namun, apabila merujuk kenyataan polis yang mengatakan kejadian tersebut benar berlaku dan Farhash diminta serah diri, ternyata rupanya menipu dengan pegawai pejabat Anwar Ibrahim ini nampaknya sudah menjadi kebiasaan.

Sehingga kini tidak ada pembetulan atas penipuan awal yang dibuat oleh pegawai-pegawai pejabat Anwar Ibrahim tersebut.

Beberapa sumber menyatakan bahawa mereka yakin dan percaya bahawa Farhash menyorok ketakutan sementara hendak mencari ‘kabel’ untuk selesaikan perkara ini. Adakah ia benar ?

BACA DI SINI: KES RUSUHAN BABITKAN FARHASH, PENGADU TARIK BALIK LAPORAN POLIS

Ini menimbulkan syak wasangka yang kuat lagi, bagaimana pengadu yang cedera teruk diserang termasuk dengan senjata tajam oleh lebih 10 orang menarik balik laporan. Adakah ada unsur ‘bayaran’ atau ‘ugutan’ wujud?

Untuk pengetahuan semua, berdasarkan undang-undang Malaysia, laporan berkenaan jenayah tidak ada istilah ‘tarik laporan’ sebaliknya perlu tindakan polis. Namun keraguan juga muncul adakah polis akan senyapkan laporan ini kerana ini bukan kali pertama laporan jenayah keganasan dibuat ke atas Setiausaha Anwar itu.

Loading...

Sebelum ini, Muhammed Yusof, iaitu salah seorang ‘researcher’ berusia 26 tahun, telah membuat laporan polis cedera dipukul oleh Farhash pada 16 Mei 2019, jam 10 pagi di no.41, Lorong Tanjong 5/4F, Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Malah, ketika memukul, pengadu melaporkan dia dicekik dan dijatuhkan ke lantai dan Farhash menjerit kepadanya dengan mengatakan “I will have you killed.”

Persoalanya, bagaimana laporan polis ini boleh disenyapkan dan apakah ‘bayaran’ yang dibuat hingga akhirnya disenyapkan laporan polis ini?

Masih ingat lagi bagaimana pejabat Anwar mengeluarkan kenyataan kononya lelaki yang melaporkan dipukul menipu telah dibuang kerja, punya masalah disiplin, mempunyai masalah dadah? Ingat lagi bagaimana pejabat Anwar mendakwa kejadian itu tidak berlaku?

Jika dilihat penipuan pejabat Anwar dalam kejadian terbaru ini maka tidak boleh ditolak kemungkinan berlaku juga penipuan ketika kejadian Mei 2019.

Malah, jika diteliti latar Mohammed Yusof yang dikatakan cucu kepada aktivis terkenal dan berpengaruh tanahair iaitu arwah SM Idris, maka mustahil dia boleh dikaitkan dengan dadah dan menipu dalam membuat laporan polis..

Jika menipu dia sudah tentu didakwa kerana membuat laporan palsu.  Apakah kes tersebut ‘terpaksa’ disenyapkan tak kira berapa kosnya kerana melibatkan kes lain yang lebih mengaibkan?

Kesemua ini merupakan perkembangan sangat kurang sihat.

Pihak PDRM diminta bertindak tegas dalam dua laporan polis ini. Masyarakat juga perlu sedar bagaimana pejabat Anwar boleh menipu demi melindungi pihak berkepentingan mereka.

Catatan umum oleh cheGuBard, bekas MPP PKR dan bekas Ketua Cabang Rembau.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...