Kes serangan seksual: Keputusan ujian ‘pengesan penipuan’ tidak akan dibawa ke mahkamah

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhammed Yusoff Rawther dan menyifatkan ia sebagai fitnah tidak berasas. Sumber (gambar): Fail TTF

Hasil ujian poligraf dijalani bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther, tidak diterima mahkamah sebagai bukti, sebaliknya hanya untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ujian berkenaan mampu membantu pegawai penyiasat kes terbabit untuk mengesan sama ada segala dakwaan Muhammed Yusoff adalah benar atau tidak sebelum siasatan lebih mendalam dilakukan.

Pada 17 Disember lalu, Muhammed Yusoff menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam bermula jam 4.30 petang, manakala Anwar pula memberikan keterangan kepada polis pada Khamis lalu.

Muhammed Yusoff membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 7 Disember lalu, untuk mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah mengenai dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR itu terhadapnya.


KUALA LUMPUR: Hasil ujian poligraf dijalani bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther, tidak diterima mahkamah sebagai bukti, sebaliknya hanya untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ujian berkenaan mampu membantu pegawai penyiasat kes terbabit untuk mengesan sama ada segala dakwaan Muhammed Yusoff adalah benar atau tidak sebelum siasatan lebih mendalam dilakukan.




“Keputusan ujian ini tidak akan dibawa ke mahkamah, namun ia membantu kami (polis) mengetahui sama ada suspek bercakap benar atau tidak.

“Jika kami mendapati dia bercakap benar, kami akan menggandakan lagi usaha mengenal pasti segala kelemahan aspek siasatan yang dijalankan, termasuk mendapatkan bukti dan maklumat lebih lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, setakat ini, pihaknya cuba mengesahkan bila dan di mana kejadian itu didakwa berlaku selepas terdapat percanggahan antara dua keterangan yang diambil sebelum ini.

Pada 17 Disember lalu, Muhammed Yusoff menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam bermula jam 4.30 petang, manakala Anwar pula memberikan keterangan kepada polis pada Khamis lalu.

Muhammed Yusoff membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 7 Disember lalu, untuk mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah mengenai dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR itu terhadapnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhammed Yusoff dan menyifatkan ia sebagai fitnah tidak berasas.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...