Kes serangan seksual: Mahkamah arahkan Anwar fail pembelaan

Mahkamah menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya. Sumber (gambar): Fail TTF

كيس سراڠن سيكسوال: محكمه ارهكن انور فايل ڤمبلاان

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengarahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lalu.

Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, ketika dihubungi, berkata mahkamah sudah mengarahkan Anwar memfailkan penyataan pembelaan beliau selewat-lewatnya 28 September ini.

Pada 14 Julai lalu, Muhammed Yusoff, 28, memfailkan saman mendakwa serangan seksual pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut, di sini.

Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengarahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lalu.

Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, ketika dihubungi, berkata mahkamah sudah mengarahkan Anwar memfailkan penyataan pembelaan beliau selewat-lewatnya 28 September ini.




“Mahkamah turut menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya,” katanya selepas prosiding pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.

BACA JUGA: ZAHID MENGESAHKAN NIAT SEBENAR KLUSTER MAHKAMAH

Peguam Ranjit Singh, yang mewakili Anwar, ketika mengesahkan perkara itu berkata, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan sebarang permohonan interlokutari sebelum 29 Oktober.

Pada 14 Julai lalu, Muhammed Yusoff, 28, memfailkan saman mendakwa serangan seksual pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut, di sini.

Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.

Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Akhirnya Zahid mengesahkan niat sebenar Kluster Mahkamah



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...