Kesemua 36 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, termasuk Mukhriz, selesai menghadap Sultan

Dalam kenyataan yang dikongsikan melalui akaun Facebook Perhubungan PAS Kedah menyatakan bahawa pertukaran kerajaan baharu di negeri Jelapang Padi itu dijangka berlaku dalam masa terdekat susulan pertemuan yang berlaku hari ini. Sumber (gambar): Bernama

كسموا 36 اهلي ديوان اوندڠن نڬري قدح، ترماسوق مخريز، سلساي مڠهادڤ سلطان

Kesemua 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selesai menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman pada Jumaat.

Pertemuan terbabit dimulai dengan sembah menghadap oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kira kira jam 10 pagi dan diakhiri dengan pertemuan membabitkan Sultan Kedah dan Menteri Besar yang berakhir kira kira jam 5 petang.

Setakat ini, sebarang kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan pihak Istana Anak Bukit berkenaan pertemuan terbabit termasuk desas-desus nama calon Menteri Besar Kedah yang ke-14.

Pada Selasa, Muhammad Sanusi dalam satu sidang media berkata 23 ADUN hilang sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz sebagai menteri besar sekaligus menyebabkan Pakatan Harapan campur Bersatu di Kedah yang dipimpin beliau hilang kuasa mentadbir negeri itu.


ALOR SETAR: Kesemua 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selesai menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman pada Jumaat.

Pertemuan terbabit dimulai dengan sembah menghadap oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kira kira jam 10 pagi dan diakhiri dengan pertemuan membabitkan Sultan Kedah dan Menteri Besar yang berakhir kira kira jam 5 petang.




Dalam kenyataan yang dikongsikan melalui akaun Facebook Perhubungan PAS Kedah menyatakan bahawa pertukaran kerajaan baharu di negeri Jelapang Padi itu dijangka berlaku dalam masa terdekat susulan pertemuan yang berlaku hari ini.

Proses yang bermula sejak 10 pagi itu didahului dengan kenderaan yang membawa 23 ADUN yang menyokong penubuhan gabungan politik baharu Perikatan Nasional yang diwakili 15 ADUN PAS, 4 ADUN Bersatu, 2 ADUN Barisan Nasional dan 2 ADUN Bebas memasuki kawasan perkarangan Wisma Darul Aman.

Sementara itu bagi sesi petang, kenderaan kesemua ADUN Pakatan Harapan dan seorang ADUN Bersatu dilihat memasuki Wisma Darul Aman dan ianya diikuti, kenderaan membawa Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz pada jam 4 petang.

Setakat ini, sebarang kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan pihak Istana Anak Bukit berkenaan pertemuan terbabit termasuk desas-desus nama calon Menteri Besar Kedah yang ke-14.

Pada Selasa, Muhammad Sanusi dalam satu sidang media berkata 23 ADUN hilang sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz sebagai menteri besar sekaligus menyebabkan Pakatan Harapan campur Bersatu di Kedah yang dipimpin beliau hilang kuasa mentadbir negeri itu.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Bersatu itu pada Rabu menjelaskan beliau masih memegang jawatan Menteri Besar Kedah dan keadaan politik di negeri itu masih terkawal.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...