Kesemua ahli parlimen PAS, enam dari UMNO isytihar sokong Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika keputusan pilihanraya umum ke-14 diumumkan. Sumber (gambar): Fail TTF

Sekiranya apa-apa berlaku berhubung tampuk pimpinan negara, kesemua 18 ahli Parlimen Pas dan enam dari UMNO, setakat ini mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad kekal memerintah negara.

“Saya nak menyatakan, kalau apa-apa berlaku sebagai Ketua Whip Pas, 18 undi untuk Langkawi,” kata Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Di lobi Parlimen pula, enam ahli Parlimen UMNO – Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) senada menyatakan sokongan yang sama.


KUALA LUMPUR: Sekiranya apa-apa berlaku berhubung tampuk pimpinan negara, kesemua 18 ahli Parlimen Pas dan enam dari UMNO, setakat ini mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad kekal memerintah negara.

Sokongan itu dinyatakan mereka susulan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan bertegas mahukan Dr Mahathir terus diberi mandat sehingga pilihan raya umum akan datang dan usaha memendekkan tempoh beliau dikira cubaan mewujudkan kerajaan ‘pintu belakang’.




“Saya nak menyatakan, kalau apa-apa berlaku sebagai Ketua Whip Pas, 18 undi untuk Langkawi,” kata Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mahathir merupakan Ahli Parlimen Langkawi.

Di lobi Parlimen pula, enam ahli Parlimen UMNO – Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) senada menyatakan sokongan yang sama.

Keenam-enam ahli Parlimen berkenaan mahu Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri untuk memastikan fokus diberikan terutama dalam aspek kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Kami tidak mahu lihat ada masalah kerana peralihan (kuasa) dalam tempoh dua tahun ini. Ia satu perkara tidak masuk akal,” kata Mohd Shahar.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

Sumber:


Loading...

Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...