Ketegangan isu agihan kerusi makin memuncak

“Bukankah ini yang saya katakan selama ini?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, sebuah portal berita melaporkan bahawa UMNO dan PAS masih tidak dapat memuktamadkan pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15, walau secara dasarnya, mekanisme pengagihan telah ditetapkan.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, portal tersebut berkata, masih terdapat beberapa perkara yang masih belum dipersetujui kepimpinan parti, antaranya pengagihan kerusi di Kedah dan Terengganu ekoran bantahan yang diterima.




“Ada pimpinan UMNO masih tak setuju sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan bulat-bulat kepada PAS.

“Ini kerana mereka beranggapan bahawa parti masih mempunyai kekuatan di dua negeri itu dan kegagalan dalam PRU14 adalah disebabkan pertembungan tiga penjuru,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh portal berkenaan.

Sebenarnya, ada kebenaran dan ada juga kekurangan dalam laporan tersebut.

Ya, tidak dapat dinafikan bahawa berlaku bantahan beberapa pemimpin UMNO berhubung pemberian Kedah dan Terengganu ‘bulat-bulat’ kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Bantahan tersebut banyak diluahkan menerusi media sosial, khususnya di Facebook, Twitter dan kumpulan-kumpulan WhatsApp dan tidak terhad kepada pemimpin atasan, malah menular ke peringkat bahagian dan cawangan.

Bagaimanapun, apa yang tidak disampaikan oleh portal berkenaan atau mungkin tidak diberitahu oleh ‘sumbernya’ ialah rungutan berkeaan agihan kerusi di Kelantan dan Perlis.

Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang perlu dihairankan, kerana saya sudah lama memberitahu bahawa PAS sedar dirinya diperbodohkan oleh Team A ketika Langkah Sheraton, menyebabkan PAS terpaksa meminggirkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Perkara ini telahpun saya ceritakan dalam beberapa siri terbitan lalu dan akan saya huraikan dengan lebih terperinci lagi dalam beberapa terbitan yang akan menyusul.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kesahihan beberapa dakwaan yang dibuat oleh saya selama ini berhubung kerjasama UMNO (Team A) dengan PAS dan konsep Muafakat Nasional.

Setakat ini, PAS sudah dua kali mengisytiharkan komitmen kepada gabungan Perikatan Nasional dalam membincangkan agihan kerusi dan penglibatannya di Pilihan Raya Umum ke-15.

UMNO bagaimanapun masih belum komited kepada Perikatan Nasional dan terang-terang mengisytiharkan akan mencabar PPBM di beberapa kerusi semasa Pilihan Raya Umum ke-15, sekaligus bermakna UMNO tidak sepakat dengan kedua-dua PAS dan PPBM.

Malah, UMNO secara terbuka membuat pengisytiharan tersebut dan beberapa pengisytiharan lain serta bantahan terhadap “pemberian Kedah dan Terengganu ‘bulat-bulat’ kepada PAS” tanpa sebarang muzakarah ataupun perbincangan rasmi dengan PAS mahupun PPBM.

Hari ini pula, timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, memberitahu bahawa bantahan beberapa pemimpin UMNO berhubung pemberian Kedah dan Terengganu ‘bulat-bulat’ kepada PAS merupakan “pandangan peribadi mereka.”

Kesemua ini mencerminkan ketidaksefahaman dan keretakkan yang berlaku dalam hubungan UMNO dan PAS, mungkin disebabkan PAS sendiri tidak berpuas hati dengan Team A atas ‘penipuan’ pemimpinnya ketika Langkah Sheraton.

Apa pun, Team A tidak pernah menganggap Muafakat Nasional sebagai satu platform rasmi dan hanya memperkudakan PAS untuk mencapai agenda jangka pendek dan panjang yang akan saya huraikan semula tidak lama lagi.

Kesemua ini bukan hanya membuktikan bahawa apa yang saya katakan selama ini adalah benar, ianya bermakna:

1. UMNO tidak pernah herniat untuk mendaftarkan Perikatan Nasional ataupun Muafakat Nasional sebagai gabungan-gabungan rasmi

2. Team A hanya ingin memenuhi rancangan jangka sederhana pendeknya untuk merampas kembali seberapa banyak negeri yang mungkin di Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum menggunakan jentera pentadbiran negeri-negeri berkenaan untuk mempengaruhi pengundi menuju Pilihan Raya Umum ke-16.

3. Team A hanya menunggang PAS untuk berpaut pada populariti parti berkenaan kerana populariti Team A sendiri (yang merupakan minoriti dalam UMNO) merosot teruk selepas kekalahan Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-14.

4. Team A melakukan semua ini untuk kekal relevan di arena politik kebangsaan disamping mencantas usaha Team B yang tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 memberi tekanan agar UMNO “dijenamakan semula.’

5. Team A perlu pastikan bahawa PAS menggunakan bendera Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-15 kerana jika Muafakat Nasional didaftarkan dan PAS menggunakan bendera Muafakat Nasional, bukan hanya aura PAS akan berkembang, Team A akan tenggelam.

Bukankah ini yang saya katakan selama ini?

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...