Ketua Amanah daerah Sik, Kedah didakwa lakukan amang seksual fizikal

Sulaiman Ibrahim merupakan Ketua Amanah daerah Sik, Kedah. Sumber (gambar): Fail TTF

Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim, didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, April lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan dilarang mengganggu, mendekati atau menghubungi mangsa dan keluarga mangsa selain perlu melapor diri di Balai Balai Polis berhampiran sekali setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes


PUTRAJAYA: Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim, didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, April lalu.

Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Yong Zarida Sazali.




Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berusia 38 tahun itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun dengan memegang tangan mangsa ketika berada dalam sebuah kereta di Puchong, Selangor pada jam 3.30 petang, 6 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan yang sama dengan memeluk dan meramas kedua-dua buah dada mangsa dalam sebuah rumah di Seri Kembangan, Selangor pada jam 4 petang, 6 April lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norazalina Razali, tidak mencadangkan sebarang jaminan dan jika mahkamah bersetuju memberi jaminan, beliau memohon syarat ketat dikenakan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Muaz Zafar, memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai seorang isteri yang sedang sarat mengandung dan tiga anak selain pendapatannya tidak menentu dan tidak tetap.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan dilarang mengganggu, mendekati atau menghubungi mangsa dan keluarga mangsa selain perlu melapor diri di Balai Balai Polis berhampiran sekali setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Loading...

Rabu lalu, media melaporkan Sulaiman didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November lalu.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...