Ketua Hakim Negara dedah percubaan menakut-nakutkan hakim

Tengku Maimun mendedahkan, beliau sendiri turut tidak terkecuali mendapat ugutan bunuh, namun kebebasan badan kehakiman lebih penting daripada itu. Sumber (gambar): Fail TTF

كتوا حاكيم نڬارا دده ڤرچوبأن مناكوت-ناكوتكن حاكيم

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Percubaan untuk menakut-nakutkan atau memberi tekanan yang tidak wajar terhadap hakim yang mengetuai kes kepentingan awam semakin ketara tahun lalu.

Demikian menurut Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang berkata, percubaan sedemikian adalah penghinaan langsung terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman.

“Adalah tidak wajar bagi sesiapa yang cuba memburukkan imej Mahkamah dan mencemarkannya melalui kritikan yang tidak adil, berat sebelah dan sering kali tidak disedari hanya kerana mereka tidak menyukai keputusan tertentu,” katanya.

Tengku Maimun mengingatkan para hakim agar membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih meskipun terdapat percubaan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan badan kehakiman.

Tambahnya, pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.

“Bila mahkamah mendengar kes melibatkan tokoh-tokoh, personaliti tertentu, pandangan awam lebih tertumpu lebih daripada kes biasa.

“Jadi dalam keadaan ini apa yang saya dapat perhatikan adalah melibatkan tokoh-tokoh tertentu, komen-komen yang diberi (terhadap) penghakiman mahkamah agak keterlaluan dan berat sebelah, tidak objektif dan berbaur politik.

“Mereka sememangnya patut dikutuk dan sememangnya ramai yang dengan tegasnya bersuara menentang mereka.

“Adalah tidak wajar bagi sesiapa yang cuba memburukkan imej Mahkamah dan mencemarkannya melalui kritikan yang tidak adil, berat sebelah dan sering kali tidak disedari hanya kerana mereka tidak menyukai keputusan tertentu,” katanya.

Tengku Maimun mengingatkan para hakim agar membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih meskipun terdapat percubaan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan badan kehakiman.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Tahun Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin.

Loading...

Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Tengku Maimun turut berkata, meskipun berdepan pelbagai kecaman, namun beliau berkata sokongan daripada semua pihak termasuk rakyat amat dihargai.

“Bukan komen-komen membina seumpamanya diadakan suatu ‘intellect discourse’, ini lebih kepada apa saya rasa rasakan sentimen politik.

“Untuk menyatakan penghargaan kepada semua yang beri sokongan kepada kami sepanjang kita telah melaksanakan memutuskan kes-kes melibatkan tokoh-tokoh tertentu.

“Memang betul setiap keputusan yang mahkamah dan kes mahkamah putuskan ada pihak berpuas hati dan tidak puas hati,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun mendedahkan, beliau sendiri turut tidak terkecuali mendapat ugutan bunuh, namun kebebasan badan kehakiman lebih penting daripada itu.

“Yang menjadi luar biasa melibatkan tokoh-tokoh tertentu adalah kecaman itu agak luar biasa, saya sendiri pun mendapat ancaman bunuh serius atau tidak itu soal lain.

“Di masa sama kita melihat sokongan begitu luar biasa yang beri sokongan badan kehakiman.

“Untuk itu, saya menyatakan penghargaan kami atas sokongan masyarakat memahami sebenarnya dalam setiap keputusan kita buat,” ujarnya lagi.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...