
كتوا ڤڬاواي ايكسيكوتيف مسس راڤيد ترنسيت چورڤ بروندور هاڽ سلڤس 16 بولن
Ketua Pegawai eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd Abdul Yazid Kassim dilaporkan akan meninggalkan syarikat berkenaan selepas hanya 16 bulan memegang jawatan tersebut.
Yazid merupakan bekas pengarah Malakoff Corp Bhd dan mengambil alih tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp pada 1hb Febuari 2019.
Penarikan diri Abdul Yazid ada hubung kaitnya dengan perubahan dalam kepimpinan syarikat dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang kini giat dijalankan susulan pertukaran kerajaan Mac lalu.
Ini termasuklah peletakan jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Jalil Rasheed.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd Abdul Yazid Kassim dilaporkan akan meninggalkan syarikat berkenaan selepas hanya 16 bulan memegang jawatan tersebut.
Menurut sebluah portal berita (FMT), perkara itu disahkan oleh sumber dari MRT walaupun sebab penarikan diri mahupun tarikh akhir Abdul Yazid akan bekerja tidak disahkan.
Yazid merupakan bekas pengarah Malakoff Corp Bhd dan mengambil alih tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp pada 1hb Febuari 2019.
Beliau menggantikan Datuk Seri Shahril Mokhtar yang berundur di penghujung tahun 2018 disebabkan tamat kontrak.
Menurut laporan, tempat Abdul Yazid akan diganti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Secured Technologies, Mohd Zarif Hashim.
Penarikan diri Abdul Yazid ada hubung kaitnya dengan perubahan dalam kepimpinan syarikat dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang kini giat dijalankan susulan pertukaran kerajaan Mac lalu.
Ini termasuklah peletakan jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Jalil Rasheed.
Jalil meninggalkan PNB hanya sembilan bulan selepas dilantik ke jawatan itu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

