Ketua PEJUANG Terengganu, Pengerusi PEJUANG Parlimen Setiu letak jawatan

Pada PRU15 lalu, Wan Nazari yang bertanding di Parlimen Besut gagal memenangi kerusi melalui pertandingan empat penjuru selepas hanya memperoleh 553 undi. Sumber (gambar): Berta Harian Online

كتوا ڤجوڠ ترڠڬانو، ڤڠروسي ڤجوڠ ڤرليمين ستيو لتق جاوتن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Bekas calon Parlimen Besut, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh, mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) negeri, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua PEJUANG negeri kepada Presiden Parti, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pertengahan bulan lalu.

Selain Wan Nazari, bekas calon PEJUANG Parlimen Setiu, Wan Adnan Wan Ali turut mengesahkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PEJUANG Setiu, berkuat kuasa hari ini

Sementara itu, Setiausaha PEJUANG negeri, Mohd Sahabudin Yusuf ketika dihubungi mengesahkan peletakan jawatan daripada Wan Nazari dan Wan Adnan.


KUALA TERENGGANU: Bekas calon Parlimen Besut, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh, mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) negeri, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua PEJUANG negeri kepada Presiden Parti, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pertengahan bulan lalu.




“Peletakan jawatan sebagai Ketua PEJUANG negeri tiada kaitan dengan kegagalan parti diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Saya meletakkan jawatan disebabkan menghadapi masalah kesihatan selain memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti di peringkat negeri,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Pada PRU15 lalu, Wan Nazari yang bertanding di Parlimen Besut gagal memenangi kerusi melalui pertandingan empat penjuru selepas hanya memperoleh 553 undi.

Kerusi Parlimen Besut dimenangi calon PAS, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dengan majoriti 18,666 undi menewaskan tiga calon termasuk Datuk Nawi Mohamad (BN) dan Abd Rahman Aziz Abas (PH) serta Wan Nazari.

Mengulas lanjut, Wan Nazari merakamkan penghargaan terima kasih kepada Mukhriz atas kepercayaan diberikan mengetuai PEJUANG negeri.

Selain Wan Nazari, bekas calon PEJUANG Parlimen Setiu, Wan Adnan Wan Ali turut mengesahkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PEJUANG Setiu, berkuat kuasa hari ini.

Pada PRU15 lalu, Wan Adnan yang juga bekas Ketua Logistik PEJUANG negeri hanya memperoleh 203 undi.

Loading...

Sementara itu, Setiausaha PEJUANG negeri, Mohd Sahabudin Yusuf ketika dihubungi mengesahkan peletakan jawatan daripada Wan Nazari dan Wan Adnan.

Bagaimanapun, katanya, pimpinan tertinggi PEJUANG belum memutuskan sama ada menerima atau sebaliknya peletakan jawatan Wan Nazari.

“Kita dimaklumkan ibu pejabat parti peletakan jawatan Wan Nazari sebagai Ketua PEJUANG negeri ditangguhkan sementara,” katanya yang mengesahkan peletakan jawatan Wan Nazari dan Wan Adnan tidak melumpuhkan parti itu di negeri ini.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...