
كتوا ڤجوڠ ولايه ڤرسكوتوان سرو يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ، مجليس راج-راج تمتكن ضرورت دمي سلامتكن نڬارا
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung diseru menamatkan Darurat dan membuka semula parlimen agar proses demokrasi dan semak imbang kembali pulih seperti sediakala.
Menurut Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Seri Paduka Baginda Tuanku dan Majlis Raja-Raja Melayu harus campur tangan demi masa kesejahteraan masa depan negara yang makin lama makin mudarat.
“Pentadbiran negara tidak dijalankan secara telus. Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang menyalahguna kuasa dalam segenap segi.
“Sebab itulah Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat senantiasa bersabar selama beberapa bulan untuk mendapatkan tarikh perkenan mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi menyembahkan segala butiran penderitaan rakyat Tuanku di saat yang paling mencabar.
“Tarikh perkenan dari KDYMM Yang di-Pertuan Agung amat penting kerana keseluruhan rakyat sedang menunggu dengan penuh kesabaran agar segala permasalahan masyarakat marhaen akan dapat dimaklumkan secara terperinci kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong oleh wakil-wakil dari Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat.”
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung diseru menamatkan Darurat dan membuka semula parlimen agar proses demokrasi dan semak imbang kembali pulih seperti sediakala.
Menurut Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Seri Paduka Baginda Tuanku dan Majlis Raja-Raja Melayu harus campur tangan demi masa kesejahteraan masa depan negara yang makin lama makin mudarat.
“Hanya kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu tempat terakhir keseluruhan rakyat Malaysia dapat sandarkan harapan terakhir ke arah selamatkan bangsa serta negara yang tercinta ini.
“Kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang terdiri dari pemimpin-pemimpin rakus kuasa dan korup sedang merosakkan tanahair kita ke tahap yang paling teruk selepas era pentadbiran kerajaan kleptokrasi.
“Selepas PRU14 negara yang ditadbir oleh kerajaan PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya meletakkan asas kepimpinan negara di landasan yang terbaik selama 22 bulan.
“Namun, disebabkan oleh pengkhianatan sesama rakan dalam gerakan ‘langkah sheraton’ telah menyebabkan negara kini diurus tadbir oleh kalangan dungu, rakus kuasa serta korup sehingga keadaan masakini cukup mencemaskan keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.
Menurut Khairuddin lagi, percambahan pemikiran serta semak-imbang di dalam Dewan Rakyat berdasarkan amalan demokrasi harus dihidupkan segera kerana segala kerosakan dan apa yang sedang berlaku masakini adalah disebabkan parlimen ditutup.
“Pentadbiran negara tidak dijalankan secara telus. Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang menyalahguna kuasa dalam segenap segi.
“Sebab itulah Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat senantiasa bersabar selama beberapa bulan untuk mendapatkan tarikh perkenan mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi menyembahkan segala butiran penderitaan rakyat Tuanku di saat yang paling mencabar.
“Tarikh perkenan dari KDYMM Yang di-Pertuan Agung amat penting kerana keseluruhan rakyat sedang menunggu dengan penuh kesabaran agar segala permasalahan masyarakat marhaen akan dapat dimaklumkan secara terperinci kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong oleh wakil-wakil dari Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat.
“Pihak istana harus sedar bahawasanya proklamasi darurat sudah gagal, malahan, gagal di tahap yang teramat teruk.
“Kononnya, proklamasi darurat untuk membendung pandemik Covid-19 kini terbukti gagal sama sekali.
“Keseluruhan rakyat Malaysia ingin melihat Majlis Raja-Raja Melayu memainkan satu peranan proaktif untuk ‘Selamatkan Malaysia.’
“Hanya kepada KDYMM Raja-Raja Melayu sajalah sandaran terakhir rakyat Malaysia buat masa ini.
“KDYMM Raja-Raja Melayu harus memerhati pentadbiran buruk kerajaan ‘tebuk atap’ PN secara terperinci sebelum ‘nasi jadi bubur.’
“Institusi Di Raja harus memayungi keseluruhan rakyat secara adil dan saksama tanpa sebarang unsur ‘berat sebelah.’ Inilah yang rakyat Malaysia ingin lihat kini.
“Sudah sampai masanya untuk KDYMM Raja-Raja Melayu memanggil sidang khas tergempar Majlis Raja-Raja Melayu kerana negara kita kini sedang berada dalam keadaan yang cukup parah.
“Rakyat Malaysia yang hina-dina ini masih yakin bahawa Majlis Raja-Raja Melayu masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan kearah untuk ‘Selamatkan Malaysia’ sebelum segalanya ‘hancur jadi debu.
“RAJA ADIL RAJA DISEMBAH; RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH
“RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’
“DAULAT TUANKU.”
WAJIB BACA:
