Ketua Pemuda Bersatu Tanjung Malim maut kemalangan

Luth Ishak, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga rakannya cedera termasuk dua parah. Sumber (gambar): NST Online

كتوا ڤمودا برساتو تنجوڠ ماليم موت كمالڠن

Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Malim maut selepas Mitsubishi Triton dinaikinya kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 315.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai melanggar bahagian belakang lori berkenaan.

Sementara itu, Ketua ARMADA Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh turut berkongsi berita sedih itu di dalam Facebook miliknya dan memuatnaik gambar beliau dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama arwah.


TAPAH: Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tanjung Malim maut selepas Mitsubishi Triton dinaikinya kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 315.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, Luth Ishak, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga rakannya cedera termasuk dua parah.




Kemalangan turut menyebabkan pemandu lori membawa muatan telur ayam dan kekacang cedera.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai melanggar bahagian belakang lori berkenaan.

Katanya, siasatan juga mendapati ia berpunca daripada lori berkenaan yang dipercayai menukar haluan dari lorong kanan ke kiri menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal dikawal.

“Akibat kemalangan itu, penumpang hadapan Mitsubishi Triton meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Semua mangsa yang cedera dan parah dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua ARMADA Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh turut berkongsi berita sedih itu di dalam Facebook miliknya dan memuatnaik gambar beliau dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama arwah.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...