Ketua penerangan Armada korup

Farhan Khairuddin

Meneliti satu persatu bait kata yang dikeluarkan oleh seorang mahasiswa UIA yang bertaraf pegawai khas menteri semalam, Ulya Husamudin seorang anak muda yang punya semangat dan keinginan mahu menjadi seperti patronnya yang juga kini merupakan pak menteri paling muda.

Status ini bukan bagi menjawab tomahan dangkal saudara kita ini sebaliknya hanya mahu mendalami niat dan tujuannya melakukan tindakan sedemikian rupa.

Siapa anak muda ini ? Jawapannya, dia adalah ketua penerangan Armada PPBM yang telah dilantik selaku jawatankuasa PENAJA. Maknanya jawatan ini mungkin sementara.

Pelik dan hairan, sebagai seorang pemain politik yang sudahpun menjadi KERAJAAN, Ulya (nama sebenar) seharusnya mengambil pendekatan lebih proaktif dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mahupun melakukan sebarang tindakan. (Mungkin sudah tidak punya isu rakyat yang perlu diselesaikan pada pandangan mereka).

Hakikatnya, ibu bapa penoreh dikampung hari demi hari ditekan dengan kejatuhan harga getah. Atok nenek peneroka kebingungan dek harga sawit merudum. Bukankan isu-isu ini yang sepatutnya mendapat tempat di mata si penguasa kerajaan?

Hairan, bukankah sebagai kerajaan yang kononnya mengangkat prinsip the rule of law, sepatutnya menghormati dan menyantuni ketertinggian institusi kehakiman? Umum rakyat mengetahui bahawa kes ini sudahpun dibuka kertas siasatannya, dan Dato’ Seri Azeez Rahim juga sudah dipanggil dan dipakaikan uniform oren oleh SPRM. Maka, sepatutnya biarlah mahkamah dan pihak berkuasa melakukan kerja, tetapi sebaliknya kamu pula mengambil kerja penguatkuasa dan menjadi hakim atas lantikan kamu sendiri.

Saya secara peribadi amat bersetuju bahawa sesiapa sahaja yang melakukan salahlaku mahupun penyelewengan perlu dihukum dalam masa yang sama prinsip ‘no one is guilty until proven guilty’ juga perlu disantuni dan dihormati.

KORUPSI MINDA

Hari ini, generasi kita seakan diajar dengan budaya songsang yang jauh sekali bertentangan dengan nilai peradaban sebenar islam. Orang yang dituduh dihakimi di ruang awam, baik di media sosial sebelum orang itu dihakimi dikandang penghakiman. Apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu ini?

Yang pasti, jika bercakap soal korupsi, maka aku katakan bahawa Kamulah orang yang mengamalkan korupsi yang menternak jentik-jentik fikiran korup kepada generasi seusia kamu.

Comments

Comments


Loading...