Ketua Penerangan PEJUANG Rafique Rashid tidak pernah hadir mesyuarat MEP, tidak tahu apa yang berlaku

Khairuddin Abu Hassan

كتوا ڤنراڠن ڤجوڠ رفيقاواي رشيد تيدق ڤرنه حاضر مشوارت مڤ، تيدق تاهو اڤ يڠ برلاكو

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Budak ‘haprak’ Rafique Rashid selaku Ketua Penerangan PEJUANG yang baru adalah salah seorang dari ‘munafiq politik’ dan pengkhianat yang tidak menerima keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus bersama GTA.

Inilah salah seorang wajah-wajah politik hipokrit yang menolak keputusan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai GTA pada hakikatnya dari peringkat awal lagi.




Di hadapan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka akan ‘mengangguk’ setuju serta sokong tetapi di belakang mantan Pengerusi PEJUANG ini mereka akan ‘tikam belakang’ beliau.

Contoh yang paling ketara adalah isu kebersamaan PEJUANG dalam GTA.

Presiden PEJUANG Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir menyatakan alasan utama untuk keluar dari GTA adalah untuk menguatkan parti PEJUANG terlebih dahulu bagi menghadapi PRN yang akan datang.

Apakah bersama GTA kepimpinan PEJUANG tidak boleh melaksanakan agenda untuk memperkasakan parti?

Satu kenyataan yang cukup ‘dangkal’ pada hemat peribadi saya.

Dalam mesyuarat Majlis Eksekutif PEJUANG (MEP) yang terakhir dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas PRU15 secara jelas mantan Pengerusi PEJUANG dengan sokongan majoriti membuat keputusan  untuk PEJUANG terus bersama GTA.

Sesungguhnya, dalam mesyuarat MEP tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad secara tegas menyatakan PEJUANG yang mempelopori  GTA tidak wajar meninggalkan GTA tetapi puak ‘munafiq politik’ serta pengkhianat ini tetap menolak hasrat yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Alasan mereka kononnya hendak meminta pandangan dari akar umbi terlebih dahulu.

Ketika bersetuju untuk menubuhkan GTA di peringkat awal kenapa pada waktu itu Presiden PEJUANG tidak mencadangkan untuk meminta pandangan akar umbi terlebih dahulu?

Untuk PEJUANG kekal  bersama GTA saya tidak tahu samada Setiausaha Agung PEJUANG iaitu Datuk Wira Amiruddin Hamzah ada mencatatkan minit ataupun tidak keputusan yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat terakhir yang dihadiri beliau itu?

Budak Rafique Rashid ini tidak pernah menghadiri mesyuarat MEP dan tidak tahu menahu apa yang diperbincangkan atau keputusan yang dibuat di peringkat MEP mengenai sejarah penubuhan GTA.

Ketua Penerangan PEJUANG yang ‘haprak’ ini adalah ‘kaki bodek minda lemah otak udang’ yang hanya cuba membodek Presiden PEJUANG secara melulu.

Keperibadian Ketua Penerangan PEJUANG yang baru dilantik ini juga dapatlah diibaratkan seperti seekor ‘burung kakak tua’ yang tahu bercakap atas apa yang diajar untuk bercakap.

Pada suatu masa dahulu saya yang melantik budak Rafique Rashid sebagai Timbalan Ketua Negeri PEJUANG Wilayah Persekutuan tetapi kemudiannya dalam mesyuarat MPN PEJUANG pada tahun lepas secara konsensus kami pecat beliau dari jawatan tersebut kerana perangai buruknya yang suka ‘menikam’ di belakang ketua.

Ketika beliau menjawat jawatan Penyelaras Parlimen Bandar Tun Razak gagal untuk menubuhkan walaupun satu cawangan secara rasmi di kawasan Parlimen tersebut pada waktu itu. 

Dia hanyalah ‘pot tin’ kosong yang pandai berlakon semata-mata tetapi tidak boleh bekerja.

Secara jujur dan ikhlas, saya rasa lebih baik Ketua Penerangan PEJUANG yang ‘haprak’ ini duduk diam-diam cukuplah kerana dia tidak tahu menahu langsung apa yang sebenarnya berlaku di peringkat kepimpinan pusat PEJUANG mengenai GTA.

Sebab itulah lebih kurang tiga belas orang Ahli MEP meletakkan jawatan sebagai tanda sokongan terhadap pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus bersama GTA.

Kami semua adalah penyokong setia yang senantiasa memahami wadah perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seperti puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat yang menentang keputusan yang telah dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu sendiri.

Amat lucu di benak kecil saya bila budak Rafique Rashid ini menyatakan bahawa kami semua kena hormati keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua PEJUANG baru-baru ini.

Mesyuarat Agung Tahunan Kedua PEJUANG bukan dihadiri oleh cawangan-cawangan di setiap negeri dari seluruh negara.

Mesyuarat Agung Tahunan Kedua PEJUANG hanya dihadiri oleh sekutu-sekutu mereka saja dari jumlah yang amat kecil.

Jumlah perwakilan yang terlalu kecil menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kedua PEJUANG Kedua tidak melambangkan langsung sebagai suara akar umbi yang menyeluruh di peringkat nasional.

Tolong tanya Rafique Rashid berapa ramai perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kedua PEJUANG di peringkat pusat baru-baru ini?

Sebagai contohnya, Mesyuarat Agung Tahunan PEJUANG Wilayah Persekutuan yang dihadiri oleh lebih kurang tiga puluh orang perwakilan sahaja.

Jumlah keahlian PEJUANG Wilayah Persekutuan adalah seramai dua ribu tujuh ratus orang tetapi Mesyuarat Agung PEJUANG Wilayah Persekutuan hanya dihadiri oleh lebih kurang tiga puluh orang yang majoritinya pula hanyalah ahli-ahli dari Parlimen Putrajaya semata-mata.

Bolehkah kita katakan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Wilayah Persekutuan sebagai satu keputusan akar umbi yang menyeluruh?

Mana perginya para perwakilan dari dua belas kawasan-kawasan Parlimen yang lain?

Inilah tahap kualiti kepimpinan masakini puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat dalam parti PEJUANG yang sudah tidak relevan lagi.

Keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dengan jumlah yang amat kecil dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kedua PEJUANG di peringkat nasional sebenarnya tidak melambangkan langsung suara akar umbi yang menyeluruh untuk diterima pakai sebagai pembuat keputusan parti.

Keputusan itu pun telah disusun atur terlebih dahulu oleh puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini.

Puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini semua sepatutnya berani mengadap Tun Dr Mahathir Mohamad secara semuka dan tanya sendiri kenapa mantan Pengerusi PEJUANG meletakkan jawatan beliau?

Bawalah wakil-wakil media bersama mereka sebagai saksi dalam perjumpaan tersebut sekiranya mereka berani.

Sekiranya nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus bersama GTA pun puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini menolak jadi tak perlulah mereka hendak bercakap untuk  meneruskan legasi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Retorik politik mereka yang amat memalukan serta ‘memualkan’ tekak saya.

Setelah menghadiri mesyuarat MEP sebanyak 95 kali pun Presiden PEJUANG berserta puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini tidak faham agenda murni Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini pun saya amat tidak memahami gelagat mereka.

Sebagai mantan Ketua Negeri Wilayah Persekutuan yang menghadiri mesyuarat MEP berharap puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini jangan cuba untuk bersikap hipokrit lagi dan hentikanlah agenda ‘main wayang’ mereka itu.

Hampir separuh dari Ahli MEP yang meletakkan jawatan secara ‘en bloc’ merupakan saksi utama kepada episod drama yang dimainkan oleh puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad bijak menilai siapa yang setia bersamanya dan siapa itu ‘munafiq politik’ serta pengkhianat yang sebenarnya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...