Khabar angin Azmin sebagai TPM

Azmin Ali. Sumber (gambar): Harakah Daily

Dr Khairuddin Takiri

KHABAR angin pelantikan Azmin Ali sebagai TPM tentu sahaja merunsingkan segelintir pihak dalam PH, namun ia adalah pilihan terbaik bagi Tun Mahathir.

Ia juga pilihan terbaik bagi membina suasana politik yang lebih harmoni antara kerajaan dan pembangkang kerana umum melihat beliau lebih bertoleransi dan bertolak ansur berbanding pimpinan PH yang lain.

Berulang kali telah saya katakan bahawa Azmin bakal jadi Perdana Menteri ke-8

RJ Rithaudeen

Jika Anwar berhasrat untuk menjadi PM tentulah bukan isteri beliau sepatutnya menjadi TPM. Maka langkah melantik Azmin sekarang sebagai TPM dilihat baik untuk pelan peralihan kerana Anwar sendiri menyatakan berkali-kali tidak berminat dengan jawatan TPM.

Mungkin juga sejarah beliau bersama PAS dalam Kerajaan Selangor dan juga sejarah beliau bersama dengan pimpinan Umno dahulu boleh menjadi sebab kepada hubungan yang lebih tenang antara kerajaan dan pembangkang.


Negara perlu bergerak ke hadapan. Situasi politik yang tidak menentu membantutkan pembangunan melibatkan rakyat.

Dendam berterusan kepada Umno dan juga PAS setelah PH menjadi kerajaan tidak wajar menjadi sebab untuk kelancaran hubungan antara kerajaan dan pembangkang khususnya di Terengganu, Kelantan, Perlis dan Pahang.

Begitu juga hubungan kerajaan dengan ahli parlimen pembangkang yang menjalankan tanggungjawab semak dan imbang. Azmin diharap boleh menggerakkan situasi ini.

Pelantikan Azmin sebagai Pengerusi MTNg Kelantan diharap menjadi jambatan untuk segala bentuk pembangunan dan hak negeri sebagaimana termaktub dalam perjanjian persekutuan dapat dilaksanakan di Kelantan.

Source: Harakah Daily

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...