Khairuddin Abu Hassan mangsa fitnah jahat, mustahil beliau boleh pengaruhi Tun Mahathir

“Pada hemat saya, apabila Khairuddin mengesan gerakan mengkhianati Tun Mahathir dalam PEJUANG, beliau menjadi fokus serangan mereka yang terbabit. Sesungguhnya, lima bulan yang lalu, Khairuddin memberitahu saya bahawa beliau telah berjumpa dengan Tun Mahathir untuk melepaskan semua jawatan dalam PEJUANG”

Raggie Jessy Rithaudeen

خير الدين ابو حسن مڠسا فتنه جاهت، مستحيل بلياو بوليه ڤڠاروهي تون محضير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Saya amat kenali Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pada satu ketika dulu, apabila saya masih ‘mentah’ dalam bidang politik, saya berburuk sangka terhadap Khairuddin kerana terbawa-bawa dengan kata-kata mereka yang tidak bertanggungjawab.




Namun, apabila saya menyedari kekhilafan saya, saya memohon maaf dan Khairuddin dengan mudah memaafkan saya tanpa menaruh sebarang perasaan dendam.

Itulah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Saya boleh sahkan di sini bahawa manusia berjiwa kental ini tidak sekali-kali akan meminggirkan wadah perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam apa jua situasi.

Selain menjadi ‘orang kuat’ dan penyokong setia Tun Mahathir, beliau sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan prinsip perjuangan mulia Tun.

Sebab itulah dalam kes skandal 1MDB, beliau berdiri teguh di sebelah Tun Mahathir untuk memerangi kes skandal kewangan yang tersebesar di alaf ini hinggakan beliau disumbat ke dalam ‘lock up’ penjara Sg Buloh sebelum harta bendanya dilelong dan perniagaannya dimusnahkan.

Tun Mahathir pula merupakan tokoh negarawan yang diiktiraf di seluruh dunia dan memiliki kemampuan luarbiasa untuk berfikir sepuluh langkah ke hadapan – mustahil beliau boleh dipengaruhi untuk melakukan sesuatu yang beliau sendiri tidak percaya atau tidak yakin lakukan.

Dalam kemelut yang melanda parti PEJUANG, saya difahamkan, Khairuddin bangun untuk memerangi apa yang beliau huraikan sebagai ‘munafiq politik’ serta pengkhianat dalam PEJUANG.

Loading...

Percayalah, mesti ada sebab musababnya beliau berkata demikian, dan kesemuanya adalah atas ketegasan beliau mempertahankan Tun Mahathir.

Saya amat yakin bahawa dalam kemelut PEJUANG, apa yang Khairuddin ceritakan adalah sekadar gambaran awal.

Sesungguhnya, saya belum nampak Khairuddin membuat satu ledakan ‘bom’ secara besaran tetapi yakin perkara ini akan berlaku dalam sedikit masa lagi.

Beliau tidak mempunyai cita-cita besar dalam arena politik tetapi berpolitik semata-mata untuk mempertahankan prinsip Tun Mahathir sahaja.

Malah, beliau selalu menyatakan bahawa Tun Mahathir tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Sebagai imbasan, Khairuddin telah memerangi pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir seawal tahun 1998 dengan menerbitkan ‘Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ yang paling kontroversial pada ketika itu.

Dalam peperangan dengan Tun Abdullah Badawi, Khairuddin turut memainkan peranan proaktif dengan menyampaikan pelbagai matlumat salahlaku pentadbiran melalui Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid serta Allahyarham Tan Sri Aziz Shamsuddin demi membela Tun Mahathir.

Dalam isu kes skandal 1MDB pula, pada 2014 Khairuddin telah memikul perjuangan Tun Mahathir dengan mengambil pelbagai risiko untuk membuat laporan  kepada pihak penguatkuasa undang-undang di enam buah negara sehingga beliau didakwa di bawah Akta SOSMA sebelum dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.

Seterusnya, Khairuddin merupakan orang pertama yang meninggalkan parti Bersatu dan mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin secara keras apabila Muhyiddin ‘menikam belakang’ Tun Mahathir.

Di awal penubuhan parti Bersatu, Khairuddin sudah meramalkan bahawa Muhyiddin hanya mahu memperalatkan Tun Mahathir untuk memperkuatkan kedudukan beliau.

Akhirnya, bila kedudukan Muhyuddin menjadi kuat, mantan Perdana Menteri ke-8 itu menyingkirkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi parti Bersatu.

Dalam kes perbalahan di antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir seperti kelazimannya, Khairuddin tampil secara lantang membela Tun.

Kerap kali, saya hanya melihat Khairuddin tampil membela Tun Mahathir dalam apa jua situasi bila tokoh negarawan itu diserang oleh musuh-musuhnya.

Sukar untuk dipercayai kata-kata pihak yang mendakwa Khairuddin boleh mempengaruhi Tun Mahathir, kerana pada pengamatan saya, Khairuddin-lah sentiasa menjadi ‘punching bag’ untuk melindungi Tun.

Pada hemat saya, apabila Khairuddin mengesan gerakan mengkhianati Tun Mahathir dalam PEJUANG, beliau menjadi fokus serangan mereka yang terbabit.

Sesungguhnya, lima bulan yang lalu, Khairuddin memberitahu saya bahawa beliau telah berjumpa dengan Tun Mahathir untuk melepaskan semua jawatan dalam PEJUANG.

Beberapa hari yang lepas, saya telah menghubungi Khairuddin untuk mendapatkan matlumat terperinci tahap pengkhianatan dalam parti PEJUANG, namun beliau hanya berkata “biar puak pengkhianat bercakap terlebih dahulu.”

Bila tiba masanya, saya pasti Khairuddin akan bercakap secara “no holds barred” mengenai isu pengkhianatan dalam parti PEJUANG, dan barangkali perkara inilah yang dikhuatiri pihak terbabit.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...