
“Lebih baik Tun terima saja tawaran sebagai ‘menteri mentor’ untuk terus membantu membangunkan semula Malaysia Baharu bersama kerajaan PN yang masih menghormati beliau, UMNO pun dah mengaku kerajaan bukan berdasarkan parti, maknanya bukan en bloc”
Khairuddin Abu Hassan
Anwar ibrahim merupakan liabiliti utama pada Pakatan Harapan. Pada pru14 yang lalu, rakyat mengundi serta menyokong PH kerana faktor Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya Anwar Ibrahim.
Di saat itu Anwar masih lagi merengkok di dalam penjara Sungai Buloh. Beliau tiada memberi sumbangan signifikan pada waktu itu untuk mengemudi kemenangan Pakatan Harapan.
Yang bertungkus lumus menjelajah berkempen di seluruh pelusok tanahair adalah Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin-pemimpin PH yang lain, bukannya Anwar Ibrahim.
Kini, Anwar masih ‘syok’ sendiri untuk menjadi perdana menteri, sedangkan majoriti rakyat sudah tahu siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.
Beliau hanyalah seorang manusia ‘fasiq’ yang tiada kebolehan untuk memimpin negara tetapi cuma pakar ‘bermain politik’ secara ‘pecah dan perintah’(divide and rule).
Lihat saja parti PKR yang telahpun berpecah serta huru-hara. Kalau parti PKR pun Anwar tidak boleh memimpin maka mustahil baginya untuk memimpin negara kita.
Namun, keseluruhan rakyat tidak perlu risau kerana manusia seperti Anwar Ibrahim; Allah swt tidak akan mengangkat darjatnya.
Tun Dr Mahathir Mohamad turut tidak harus buang masa untuk bersama PH kerana Anwar Ibrahim tidak pernah ikhlas dengan mantan perdana menteri ini.
Lihat saja kenyataan terbaru Anwar yang menyatakan beliau adalah tokoh pemimpin utama PH masakini, sedangkan PH kini cuma diwakili oleh parti PKR, DAP serta AMANAH saja.
Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyatakan beliau masih bersama pembangkang dan akan duduk di sebelah kerusi pembangkang pada sesi parlimen yang akan datang, namun Anwar Ibrahim masih tidak mengikhtiraf sokongan Tun dalam PH.
Di mana letaknya sebahagian daripada pemimpin-pemimpin parti PPBM yang menyebelahi Tun Dr Mahathir Mohamad?
Tidak dusebut langsung oleh Anwar Ibrahim bahawa sebahagian daripada penyokong PPBM masih dalam gagasan PH.
Parti PKR pun hampir separuh juga kini kerana sudah berpecah. Tapi PKR disebut oleh Anwar Ibrahim seolah-olah sebagai tunggak utama dalam PH.
Nyata kewujudan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PH tidak diikhtiraf oleh Anwar Ibrahim. Malangnya, pemimpin-pemimpin dari dap dan amanah masih diam ‘ seribu bahasa’ dalam persoalan ini.
Tidak ada siapa dari kalangan mereka yang berani mempertikaikan pendirian Anwar Ibrahim pada waktu ini.
Oleh itu, tidak ada sebab untuk Tun Dr Mahathir Mohamad melayan gelagat rakus Anwar Ibrahim lagi.
Lebih baik Tun terima saja tawaran sebagai ‘menteri mentor’ untuk terus membantu membangunkan semula Malaysia Baharu bersama kerajaan PN yang masih menghormati beliau.
Sekurang-kurangnya sehingga kini pemimpin-pemimpin kerajaan PN masih merayu dan memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menganggotai perikatan mereka.
Umno pun sudah mengumumkan bahawa kerjasama mereka dengan PN bukan atas dasar parti tetapi hanya di kalangan ahli-ahli parlimen saja.
Ini membawa erti isu kemasukan umno dalam PN secara ‘en bloc’ tidak wujud lagi.
Selagi Anwar Ibrahim ‘syok’ sendiri menyatakan dia tokoh pemimpin utama PH maka selagi itulah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak petlu buang masa dengan PH.
Rakyat akan tolak PH kerana tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia.
Senario dan lanskap politik malaysia berubah juga adalah kerana pemimpin-pemimpin UMNO, PAS, GPS, sebahagian PKR serta PPBM tidak mahu terima Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia.
Ya, Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik negara.
PH sudah mengikhtiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Anwar Ibrahim sendiri selaku tokoh pemimpin utama PH masakini sudah mengadap perdana menteri dari kerajaan PN.
Kenyataan dibuat sendiri oleh Anwar Ibrahim bahawa beliau sudah bertemu dengan perdana menteri Malaysia masakini selama 45 minit.
Saya tak tahu samada lakonannya untuk berjumpa dengan perdana menteri masakini dimaklumkan serta direstui oleh pemimpin-pemimpin PH dari semua gabungan parti-parti yang lain dalam PH.
Sekarang PH tidak boleh mempertikaikan lagi kesahihan kerajaan PN kerana kunjungan Anwar Ibrahim itu secara tidak langsung sudah pun mengikhtiraf kerajaan PN yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Parti DAP dan AMANAH juga harus menerima hakikat ini, kerana ini adalah realiti politik semasa negara kita.
