
خير الدين: انور ده كريتيكال، لڤس اين تڠڬلم تروس
Tun Dr Mahathir Mohamad harus mengumumkan pengundurannya dari Pakatan Harapan susulan kenyataan sumbang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Mahathir bukan lagi anggota gabungan tersebut.
Anwar, menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, tahu Mahathir amat diperlukan jika Pakatan Harapan ingin berjaya dan sedang cuba ‘menguji’ kesabaran Mahathir bagi melihat jika beliau bersetuju menjadi “orang nombor dua” selepas Anwar dalam Pakatan Harapan.
“Sekarang sudah cukup jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak ikhlas dan hanya hendak mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad saja untuk mencapai idamannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Apa yang dia tidak sedar ialah sebilangan besar ahli parlimen banyaknya dah meluat dengan dia dan akan terus tinggalkan Pakatan Harapan jika Mahathir benar-benar umumkan pengundurannya.
“Bila terjadi, jangan nak dipersalahkan siapa-siapa lagi,” ujar Khairuddin.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad harus mengumumkan pengundurannya dari Pakatan Harapan susulan kenyataan sumbang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Mahathir bukan lagi anggota gabungan tersebut.
Menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, kenyataan Anwar yang bogkak itu bukti ketaksuban beliau yang masih idamkan jawatan Perdana Menteri dan ingin pastikan dirinya menguasai pakatan pembangkang.
Anwar, menurut Khairuddin, tahu Mahathir amat diperlukan jika Pakatan Harapan ingin berjaya dan sedang cuba ‘menguji’ kesabaran Mahathir bagi melihat jika beliau bersetuju menjadi “orang nombor dua” selepas Anwar dalam Pakatan Harapan.
“Anwar Ibrahim ini seorang tokoh politik yang tidak ikhlas serta banyak bersandiwara hanya untuk menguatkan kedudukannya saja.
“Tun Dr Mahathir Mohamad harus keluar dari PH secara kadar segera dan jangan biarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan politik anwar ibrahim lagi.
“Sekarang sudah cukup jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak ikhlas dan hanya hendak mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad saja untuk mencapai idamannya menjadi Perdana Menteri Malaysia,” dakwa Khairuddin.
Menurut Khairuddin lagi, Anwar sudah hilang pengaruh di kalangan orang Melayu serta masyarakat Cina dan tidak sedar diri.
“Dalam keadaan Pakatan Harapan berada pada tahap paling lemah, dia cuba hendak menonjol diri sebagai ‘saviour’.
“Apa yang dia tidak sedar ialah sebilangan besar ahli parlimen banyaknya dah meluat dengan dia dan akan terus tinggalkan Pakatan Harapan jika Mahathir benar-benar umumkan pengundurannya.
“Bila terjadi, jangan nak dipersalahkan siapa-siapa lagi,” ujar Khairuddin.
THE THIRD FORCE
