Khairuddin: Anwar dulu angkuh, garang, kini bagaikan ‘kucing parsi’ lepas Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri

Khairuddin mengingatkan orang ramai supaya jangan percaya terhadap Anwar yang disifatkannya “sebagai manusia licah bercabang dan licik.” Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: انور دولو اڠكوه، ڬارڠ، كيني باڬايكن ءكوچيڠ ڤرسيء لڤس حمزه زاينوددين جادي منتري دالم نڬري

Datuk Seri Anwar ibrahim sudah mula dengan agenda peribadinya untuk mendapatkan publisiti murahan serta menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau terus relevan dalam lanskap politik tanahair.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika mengulas pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung wabak Covid-19 yang melanda.

“Mengapa Anwar Ibrahim tidak bersuara angkuh, garang serta lantang lagi sekarang?

“Apakah kerana Azmin kelihatan semakin mantap kedudukannya dalam lanskap politik negara, atau adakah Anwar juga takut kini kerana Hamzah Zainuddin sedang menjawat jawatan menteri dalam negeri?


SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar ibrahim sudah mula dengan agenda peribadinya untuk mendapatkan publisiti murahan serta menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau terus relevan dalam lanskap politik tanahair.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika mengulas pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung wabak Covid-19 yang melanda.




“Pada pandangan saya, Anwar dah mula merasai ‘kecut perut’ serta sedar bahawa dirinya semakin tidak relevan apabila ramai daripada musuh-musuh politiknya sedang berada ditampuk pentadbiran negara masakin.

“‘Perdana menteri menanti’ paling lama ini dah mula ‘gementar’, kerana tokoh-tokoh pemimpin yang beliau memberi tekanan kuat pada suatu masa dulu dalam parti PKR seperti Dato Seri Azmin Ali, YB Zuraidah Kamaruddin dan beberaoa lagi musuh tradisi seperti Dato Seri Hamzah Zainuddin, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein kini berada di tampuk kekuasaan.

“Sebab itu pada hari ini nada Anwar Ibrahim sudah bertukar dari ‘nada garang dan angkuh’ pada suatu masa dahulu ke nada kecut perut’ pada hari ini.

“Tidak berapa lama dahulu beliau cukup angkuh dan memberi pelbagai tekanan kotor terhadap Azmin Ali berserta beberapa lagi pengikutnya dalam PKR tetapi kini Anwar Abrahim kelihatan bersikap seperti ‘kucing parsi’ pula,” kata Khairuddin.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya jangan percaya terhadap Anwar yang disifatkannya “sebagai manusia licah bercabang dan licik.”

“Bila tahu dirinya lemah dia (Anwar) mula tagih simpati tetapi apabila sedar dirinya semakin kuat ‘tocang’ serta ‘tanduk’ nya akan keluar.

“Mengapa Anwar Ibrahim tidak bersuara angkuh, garang serta lantang lagi sekarang?

Loading...

“Apakah kerana Azmin kelihatan semakin mantap kedudukannya dalam lanskap politik negara, atau adakah Anwar juga takut kini kerana Hamzah Zainuddin sedang menjawat jawatan menteri dalam negeri?

“Sesungguhnya, Anwar Ibrahim tidak perlu bersandiwara lagi, kerana keseluruhannya rakyat malaysia sudah tahu ‘tembelang’ dan perangai buruknya, malah akar umbi kini amat bijak menilai keperibadian dan jatidiri seseorang itu.

“Secara jujur dan ikhlas ingin saya sarankan kepada Anwar Ibrahim agar duduk diam-diam dan jangan cuba nak cari publisiti murahan demi agenda politik malapnya pada hari ini.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...