Khairuddin: Anwar manusia berpenyakit, penyangak, suka ‘mimpi di siang hari’

Menurut Khairuddin, kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah bidang kuasa sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat melalui proses parlimen dan bukannya keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sumber (gambar): Malaysiakini

خير الدين: انور مأنسي برڤڽاكيت، ڤڽاڠاق، سوك ءميمڤي د سياڠ هاريء

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam menasihati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak tunduk pada tekanan dari kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ibrahim yang disifatkan olehnya sebagai “penyangak.”

Menyifatkan Anwar sebagai “manusia berpenyakit,” Khairuddin menzahirkan rasa yakinnya Mahathir memiliki “sokongan majoriti ahli-ahli yang berhormat di dewan rakyat untuk terus memimpin negara malaysia secara lebih gemilang sepenuh penggal.”

“Andaikata Anwar Ibrahim merasakan beliau mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat, saya cabar beliau untuk siapkan senarai penuh bagi dipersembahkan kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan menjawat jawatan Perdana Menteri ke-8.

“Para penyokong penyangak Anwar Ibrahim pun harus menasihati bos mereka untuk mengambil tindakan selaras dengan kehendak perlembagaan negara. Jangan sentiasa mimpi di siang hari!”


SUBANG JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam menasihati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak tunduk pada tekanan dari kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ibrahim yang disifatkan olehnya sebagai “penyangak.”

Sepupu kepada Anwar itu turut berkata, penyokong Anwar berserta segelintir ahli PKR cuba tunjuk “samseng” apabila menggea Mahathir memberikan tarikh spesifik peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar.




“Siapa mereka hendak tunjuk samseng, mana boleh kita sokong peliwat untuk jadi khalifah bagi memimpin ummah di tanahair kita?

“Ini bukan soal politik tetapi ini pegangan ajaran agama islam yang berteraskan kepada al- quran serta as-sunnah. Tolong jangan sesiapapun mempersendakan ajaran agama islam,” kata Kharuddin.

Menurut beliau lagi, kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat melalui proses parlimen, bukannya keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Keputusan yang dibuat oleh majlis presiden PH tidak boleh diterima pakai oleh perlembagaan negara.

“Apa yang termaktub dalam perlembagaan adalah sokongan majoriti di dalam dewan rakyat yang bakal menentukan kedudukan seseorang perdana menteri secara sah ataupun tidak,” katanya.

Khairuddin kemudian beralih ke soal kewujudan “perjanjian peralihan kuasa” yang sebelum ini didakwa Anwar wujud secara bertulis.

“Sebelum Pilihan Raya ke-14 dulu pun tiada perjanjian bertulis bahawasanya Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjawat jawatan perdana menteri hanya sehingga bulan Mei 2020.

Loading...

“Mana-mana ‘malaun’, termasuk ‘penyangak’ Anwar Ibrahim, harus membuktikan sekiranya ada perjanjian bertulis bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad kena serah jawatan Perdana Menteri kepada beliau pada bulan Mei 2020.”

Menyifatkan Anwar sebagai “manusia berpenyakit,” Khairuddin menzahirkan rasa yakinnya Mahathir memiliki “sokongan majoriti ahli-ahli yang berhormat di dewan rakyat untuk terus memimpin negara malaysia secara lebih gemilang sepenuh penggal.”

“Andaikata Anwar Ibrahim merasakan beliau mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat, saya cabar beliau untuk siapkan senarai penuh bagi dipersembahkan kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan menjawat jawatan Perdana Menteri ke-8.

“Para penyokong penyangak Anwar Ibrahim pun harus menasihati bos mereka untuk mengambil tindakan selaras dengan kehendak perlembagaan negara. Jangan sentiasa mimpi di siang hari!”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...