Khairuddin: Anwar sedang alami tekanan hebat, keadaannya agak kritikal

Khairuddin berkata, Anwar merupakan seorang manusia yang angkuh dan kemaruk kuasa dan takut kepada aura Mahathir yang kini menjadi pesaing terhebatnya. Sumber (gambar): TTF

خير الدين: انور سداڠ عالمي تكنن هيبت، كادأنڽ اڬق كريتيكال

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan terkontang kanting dari segi hala tuju politiknya dan sedang hadapi tekanan berikutan pepecahan yang menimpa parti pimpinannya.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang bingung bagaimana Anwar boleh berkata sidang akhbar yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18hb Mei 2020 bukan anjuran Pakatan Harapan.

“Dari dulu lagi, sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, Anwar tak habis-habis dengan cerita peralihan kuasa.

“Kini beliau berulang kali mengingatkan semua beliaulah ketua pembangkang dan pengerusi Pakatan Harapan. Sebenarnya, yang Anwar Ibrahim buat ialah meyakinkan dirinya sendiri bahawa beliau masih relevan.”


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan terkontang kanting dari segi hala tuju politiknya dan sedang hadapi tekanan berikutan pepecahan yang menimpa parti pimpinannya.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang bingung bagaimana Anwar boleh berkata sidang akhbar yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18hb Mei 2020 bukan anjuran Pakatan Harapan.




“Anwar Ibrahim sudah berulang kali mengaku dirinya pengerusi Pakatan Harapan seolah-olah rakyat mengalami masalah pendengaran.

“Malah, beliau sendiri pernah menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan kepada pemberita Tun bukan ahli Pakatan Harapan.

“Jadi buat apa Anwar Ibrahim perlu keluarkan kenyataan bahawa sidang akhbar yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bukan anjuran Pakatan Harapan?

“Bukankah ini bukti Anwar Ibrahim tidak yakin ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan setia terhadapnya memandangkan ramai sudah mula muak dengan kerenahnya dan tahu beliau tidak lagi diterima majoriti rakyat,” tanya Khairuddin.

Khairuddin menambah, perpecahan dalam PKR mungkin telah menggugat keyakinan Anwar pada dirinya sendiri menyebabkan beliau terpaksa mengulangi sesuatu beribu kali.

“Dari dulu lagi, sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, Anwar tak habis-habis dengan cerita peralihan kuasa.

“Kini beliau berulang kali mengingatkan semua beliaulah ketua pembangkang dan pengerusi Pakatan Harapan.

Loading...

“Sebenarnya, yang Anwar Ibrahim buat ialah meyakinkan dirinya sendiri bahawa beliau masih relevan.”

Khairuddin berkata, Anwar turut merupakan seorang manusia yang angkuh dan kemaruk kuasa dan takut kepada aura Mahathir yang kini menjadi pesaing terhebatnya.

“Apakah maksud Anwar Ibrahim bahawa sidang akhbar yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bukan anjuran PH?

“Sekiranya Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadirinya, tidak salah sama sekali jika beliau hadir atas dasar persefahaman kerjasama. Apa salahnya?

“Lihat tak sifat angkuh Anwar Ibrahim? Dia tidak akan mengizinkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertindak mengjangkaui dirinya.

“Bagi Anwar Ibrahim, dia pengerusi baharu PH dan apa sahaja aktiviti PH harus dikendalikan oleh dirinya sendiri dan dirinya sendiri sahaja. Dia ini manusia angkuh serta gila kuasa.

“Sesungguhnya, Anwar Ibrahim juga teramat takutkan imej Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memimpin PH dan khuatir Tun akan menjadi saingan kepadanya.

“Yakinlah, bahawa Anwar Ibrahim tidak akan memberi ruang lagi pada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin PH.

“Sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak harus lagi bagi muka lagi pada Anwar Ibrahim. Dia hanya mahu mempergunakan Tun untuknya mencapai cita-cita politik rakusnya bagi menjadi perdana menteri semata-mata.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...