Khairuddin mengesahkan Anwar kini terperangkap dengan dakyah palsunya sendiri kerana proses mengenalpasti sokongan ahli-ahli parlimen, sekiranya berlaku, akan mengesahkan Anwar tidak memiliki undi majoriti. Sumber (gambar): TTF
خير الدين: انور ترڤراڠكڤ دڠن دقيه ڤلسو سنديري، دڤ صح تق اكن كرجاسام دڠن قليڤتوكرت
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu berhubung senarai ahli-ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri ke-9.
Menurutnya, apa yang paling mengejutkan ialah kesanggupan Anwar untuk cuba menipu Yang di-Pertuan Agong semata-mata kerana terdesak ingin menjadi Perdana Menteri.
“Anwar fikir ramai ahli parlimen bodoh. Cuba tanya pemimpin-pemimpin DAP, adakah mereka sanggup bekerjasama dengan puak kleptokrats?
“Dalam senarai Anwar Ibrahim terdapat banyak nama pemimpin bermasalah dari UMNO seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Bung Moktar, Azeez Rahim, Tengku Adnan dan beberapa ‘penyangak’ lagi.
“Cuba tanya DAP, adakah mereka boleh kerjasama dengan mereka ini? Sebenarnya tak payah tanya pun, jawapannya jelas.
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu berhubung senarai ahli-ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri ke-19.
Ketika dihubungi, Khairuddin berkata, ianya usaha saat terakhir Anwar untuk memperdaya ahli parlimen agar mereka percaya sokongan itu wujud dan bergegas untuk menyuarakan sokongan mereka sendiri terhadap Anwar.
“Ya, ini penipuan. Anwar
“Apakah Anwar Ibrahim ingat parti DAP boleh menerima serta bekerjasama dengan puak kleptokrats?
“Lim Guan Eng sendiri dah beritahu DAP tidak akan kerjasama dengan UMNO bawah Zahid Hamidi dan Najib Razak.
“Hanya orang bodoh macam Anwar Ibrahim saja yang mempercayai dia mempunyai cukup sokongan untuk jadi Perdana Menteri,” kata Khairuddin.
Menurutnya, apa yang paling mengejutkan ialah kesanggupan Anwar untuk cuba menipu Yang di-Pertuan Agong semata-mata kerana terdesak ingin menjadi Perdana Menteri.
“Anwar fikir ramai ahli parlimen bodoh. Cuba tanya pemimpin-pemimpin DAP, adakah mereka sanggup bekerjasama dengan puak kleptokrats?
“Dalam senarai Anwar Ibrahim terdapat banyak nama pemimpin bermasalah dari UMNO seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Bung Moktar, Azeez Rahim, Tengku Adnan dan beberapa ‘penyangak’ lagi.
“Cuba tanya DAP, adakah mereka boleh kerjasama dengan mereka ini? Sebenarnya tak payah tanya pun, jawapannya jelas.
“Sama juga dengan pemimpin-pemimpin dari parti AMANAH. Adakah awak fikir AMANAH boleh terima golongan kleptokrats yang korup?
“AMANAH bukan bodoh, DAP bukan bodoh. Hanya Anwar yang fikir ahli-ahli parlimen bodoh.
“Dari sini kamu boleh lihat, Anwar Ibrahim hanya ‘menangkap muat’ senarai nama-nama tersebut semata-mata untuk yakinkan DYMM Agong!”
Khairuddin turut mengesahkan Anwar kini terperangkap dengan dakyah palsunya sendiri kerana proses mengenalpasti sokongan ahli-ahli parlimen, sekiranya berlaku, akan mengesahkan Anwar tidak memiliki undi majoriti.
“Pihak Istana Negara serta penguatkuasa undang-undang harus mengambil tindakan tegas keatas Anwar Ibrahim sekiranya mendapati beliau menipu sehingga menghuru-harakan kestabilan politik mahupun ekonomi negara kita.
“Anwar Ibrahim nampak sangat ‘kaki penipu’, pembohongannya tak boleh diterima akal fikiran yang waras.”
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
