Khairuddin: Anwar tidak layak jadi ketua pembangkang, Mahathir usah buang masa dengan Pakatan

Menurut Khairuddin, pemimpin-pemimpin PN masih merayu serta mengharapkan Tun Dr Mahathir Mohamad buka ‘pintu hati’ untuk berunding seterusnya mencari satu kaedah bagi meneruskan agenda perjuangan bersama mereka kearah membina semula Malaysia baharu. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: انور تيدق لايق جادي كتوا ڤمبڠكڠ، محضير اوسه بواڠ ماس دڠن ڤاكتن

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sekali lagi meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak membuang masa lagi dengan Pakatan Harapan dan berunding sahaja dengan kepimpinan Perikatan Nasional.

Menurut Khairuddin, sehingga kini, ramai pemimpin Perikatan Nasional masih merayu agar Mahathir terus berjuang bersama mereka.

“Saya amat yakin pintu rundingan dengan PN masih terbuka luas. Pemimpin-pemimpin PN lebih menghormati dan memerlukan pengalaman kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sekurang-kurangnya sehingga kini, pemimpin-pemimpin PN masih merayu agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus berjuang bersama mereka,” katanya.

Khairuddin turut berkata penglibatan UMNO dalam kerajaan adalah sepertimana yang dikehendaki Mahathir sebelum tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.


SUBANG JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sekali lagi meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak membuang masa lagi dengan Pakatan Harapan dan berunding sahaja dengan kepimpinan Perikatan Nasional.

Menurut Khairuddin, sehingga kini, ramai pemimpin Perikatan Nasional masih merayu agar Mahathir terus berjuang bersama mereka.




“Sesungguhnya, Anwar Ibrahim tidak layak dicalonkan oleh PH sebagai ketua pembangkang. Ini masalah dengan pemimpin-pemimpin PH yang suka tunduk secara ‘membabi-buta’ terhadap Anwar Ibrahim.

“PH tidak menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka hanya pandang beliau sebelah mata saja.

“Kalau pemimpin-pemimpin PH terlalu menyanjungi ‘manusia berpenyakit’ seperti Anwar Ibrahim maka Tun Dr Mahathir Mohamad tidak harus babitkan diri lagi dengan PH.

“Biar Anwar Ibrahim memimpin PH dan kita sama-sama lihat sejauh mana mereka boleh pergi.

“Parti PKR pun hancur-lebur kini; macamana Anwar Ibrahim nak pimpin PH, partinya sendiri pun tak mampu nak pimpin.

“Saya amat yakin pintu rundingan dengan PN masih terbuka luas. Pemimpin-pemimpin PN lebih menghormati dan memerlukan pengalaman kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sekurang-kurangnya sehingga kini, pemimpin-pemimpin PN masih merayu agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus berjuang bersama mereka,” katanya.

Loading...

Khairuddin menambah, pemimpin Pakatan Harapan mudah lupa bahawa menang PRU14 adalah atas faktor Mahathir, bukan Anwar Ibrahim.

“Sejak pilihanraya tahun 1999; Anwar Ibrahim memimpin pembangkang tetapi gagal untuk tumbangkan BN. Hanya setelah gabungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad barulah pembangkang berjaya tumbangkan BN.

“Kenapa pemimpin-pemimpin PH tidak meminta pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku tokoh pemimpin yang pernah memimpin mereka untuk memenangi PRU14 terlebih dahulu dalam soal untuk mencalonkan ketua pembangkang?

“Kadang-kala sekali imbas; pemimpin-pemimpin PH terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim yang ‘berpenyakit’ itu.

“Mereka tidak berani menyanggah serta memberi pandangan ‘kritikal’ yang membina bila berhadapan dengan Anwar Ibrahim.

“Lanskap kepimpinan negara berubah adalah kerana majoriti ahli-ahli parlimen tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.”

Khairuddin turut berkata penglibatan UMNO dalam kerajaan adalah sepertimana yang dikehendaki Mahathir sebelum tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

“Yang penting Tun Dr Mahathir Mohamad harus ke meja bulat dengan pemimpin-pemimpin utama PN yang lebih menghargainya dari PH.

“PH mudah lupa dan buta sejarah. Mereka tidak menghargai jasa Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memimpin untuk memenangi PRU14 dahulu.

“Lebih baik Tun Dr Mahathir Mohamad membuka ‘pintu hatinya’ terhadap kalangan yang masih menyanjungi beliau secara ikhlas.

“Pakatan dalam kerajaan PN dengan UMNO bukan lagi ‘en bloc’, UMNO sendiri mengakui bahawa kerjasama mereka dengan PN berupa sementara dan sesama individu bukan kesepakatan sesama parti.

“Jangan layan lagi PH yang tak tahu kenang budi serta menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita tak perlu berperang sesama rakan-rakan yang masih sanjung tinggi Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun mereka sedang berada dalam kepimpinan negara yang baru.

“Hakikatnya, pemimpin-pemimpin PN masih merayu serta mengharapkan Tun Dr Mahathir Mohamad buka ‘pintu hati’ untuk berunding seterusnya mencari satu kaedah bagi meneruskan agenda perjuangan bersama mereka kearah membina semula Malaysia baharu.

“Diri saya amat yakin bahawa ada formula dan ‘jalan tengah’ yang boleh dicapai dengan pemimpin-pemimpin PH bagi meneruskan agenda memertabatkan bangsa, agama dan negara.

“Agenda ini lebih baik dari Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersama PH yang mudah lupa itu.”

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...