Khairuddin dakwa Khaled Nordin putar belit fakta, miliki agenda tersirat

Menurut Khairuddin, Khaled meupakan penyokong kuat blok ‘pemimpin bermasalah’ dalam UMNO yang memiliki agenda tersirat untuk ‘membunuh’ karier politik Azmin. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين دعوا خلايد نوردين ڤوتر بليت فكتا، ميليكي اڬيندا ترسيرت

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan kenyataan terbaru Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung langkah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai pembohongan dan tidak berasas.

Semalam, Khalid membidas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya gagal mendapatkan konsensus kerajaan negeri sebelum pengumuman PKPB dibuat oleh Putrajaya.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata cadangan untuk ‘restart’ (menghidupkan semula) ekonomi telah dibincang dengan semua menteri besar dan ketua menteri dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28hb April 2020.

“Untuk makluman khaled nordin, semua pihak setuju dan akan patuh pada ‘SOP’ yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menurut Khairuddin, Khalid terlibat dengan blok ‘bermasalah’ dalam UMNO yang ingin parlimen dibubar dan pilihanraya diadakan semula.


SUBANG JAYA: Naib pengerusi UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak harus membuat tuduhan-tuduhan melulu atau mngeluarkan kenyataan jika tidak bersandar kepada fakta.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang menyifatkan kenyataan terbaru Khaled berkenaan langkah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai tidak berasas.




Semalam, Khalid membidas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya gagal mendapatkan konsensus kerajaan negeri sebelum pengumuman PKPB dibuat oleh Putrajaya.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata cadangan untuk ‘restart’ (menghidupkan semula) ekonomi telah dibincang dengan semua menteri besar dan ketua menteri dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28hb April 2020.

“Khaled Nordin jangan jadi ‘bodoh sombong’ sekiranya tak ada fakta, jangan suka bercakap bodoh demi untuk tagih publisiti murahan.

“Untuk makluman khaled nordin, semua pihak setuju dan akan patuh pada ‘SOP’ yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Jadi bagaimana Khaled Nordin boleh buat tuduhan melulu ke atas Dato Seri Azmin Ali kononnya MITI tidak berbincang terlebih dahulu dengan negeri-negeri?

“Siapa yang bercakap bohong kini,” tanya Khairuddin.

Khairuddin kemudiannya mempersoalkan kredibiliti Khaled yang disifatkannya sebagai pemimpin “bermasalah.”

Loading...

“Khaled Nordin tidak layak untuk bercakap banyak bagi mencari publisiti murahan kerana beliau adalah kalangan yang kuat menyokong kerajaan terdahulu di mana pemimpinnya mengadapi pelbagai masalah dan tindakan mahkamah.

“Beliau harus cerminkan mukanya terlebih dahulu. Ketika beliau mentadbir negeri Johor pun cukup kelam kabut sehingga kerajaan BN negeri johor tumbang pada PRU14.

“Sesungguhnya, Khaled Nordin juga seorang pemimpin yang bermasalah. Apakah beliau ingat dirinya itu terlalu sempurna dan bersih?

“Saya tak faham dengan Khaled Nordin kerana beliau suka menagih publisiti murahan.

“Kenapa harus ‘menuding jari’ dan menempelak Dato Seri Azmin Ali secara terbuka melalui saluran media?”

Khairuddin turut mempersoalkan motif sebenar Khaled. Menurutnya, Khaled kini sekapal dengan Azmin dan seharusnya menggunakan platform dalaman untuk membuat teguran sesama pemimpin Perikatan Nasional.

“Sesungguhnya, kini Khaled Nordin adalah sebahagian daripada kerajaan PN dan baru dilantik untuk mempengerusikan satu syarikat kerajaan.

“Jika beliau salah seorang anggota pemimpin kerajaan PN sudah pastilah beliau mempunyai platform secara terus menerus untuk berhubung sesama pemimpin PN.

“Kalau beliau nak tunjuk pandai sekalipun, kenapa tidak buat teguran secara dalaman? Bukankah Itu kerajaan yang dianggotai olehnya juga?

Menurut Khairuddin, Khaled meupakan penyokong kuat blok ‘pemimpin bermasalah’ dalam UMNO yang memiliki agenda tersirat untuk ‘membunuh’ karier politik Azmin.

“Mereka sedar jika tidak ‘bunuh’ kareer politik Dato Seri Azmin Ali dari sekarang dalam kerajaan PN; agenda blok UMNO itu akan gagal untuk membuat ‘come back’ bagi berpaut pada kuasa secara mutlak.”

“Kalangan ini pada realitinya tidak sokong kerajaan PN. Tetapi mereka hanya mahukan kuasa secara sementara bagi menguatkan tapak politik umno seterusnya berhasrat parlimen dibubarkan.

“Pembacaan politik mereka sekiranya parlimen dibubar dan pilihanraya diadakan semula, umno boleh menang besar dan seterusnya mempunyai kuasa mutlak.

“Ini merupakan satu persepsi yang cukup bodoh dan ‘syok sendiri’ semata-mata.

“Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad amat konsisten tidak mahu bergabung dengan puak kleptokrats ini. Mereka ‘rakus kuasa’ serta tidak boleh dipercayai langsung.

“Pembacaan dan visi politik Tun Dr Mahathir Mohamad cukup mendalam serta berpandangan amat jauh.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...